SELAMAT DATANG KE PORTAL MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG

CEOmtnp

 

Kalendar Aktiviti

No events found

Program Bersama Dato' Dr. Afifi Al-Akiti dan Dr. Ayman Al-Akiti

Alhamdulillah, warga MTNP sangat berbesar hati hari ini apabila menerima kunjungan dua tokoh hebat iaitu Dato' Dr. Afifi Al-Akiti dan Dr. Ayman Al-Akiti, pertemuan dua beradik ini yang tidak dirancang dalam satu majlis ringkas bertemu pelajar MTNP bertempat di Dewan Auditorium MTNP.
"Wallahi..kami tak plan pun untuk hadir bersama ke sini. Madrasah ni ada karamah dan ada barakah..MasyaAllah.." demikian ungkapan Dr Afifi Al-Akiti memulakan bicara dan perkongsian bersama pelajar-pelajar MTNP.
Dr Afifi Al-Akiti mengungkapkan kata² Imam Syafie :
العلم ما نفع ليس ما حفظ
Hafazan hanyalah bidayah. Segala isi kandungan di dalam Al-Quran adalah utk diamalkan barulah menjadi manfaat kepada kita. Penghafaz Al-Quran tidak boleh berhenti pada hafazan semata tetapi perlu dipraktikkan ilmunya dalam kehidupan seharian.
Mari kita kenali mereka berdua.
- Dr. Afifi Al-Akiti ;
YBhg Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Perak Dato' Dr Afifi al-Akiti merupakan cendekiawan Melayu di Universiti Oxford dan serba berkebolehan dalam pelbagai bidang keilmuan. Beliau mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia (dan Nusantara) pertama yang dilantik mengajar di universiti termasyhur di dunia.
Pada tahun 2010, beliau menerima Watikah Perlantikan sebagai Ahli Majlis Agam Islam dan Adat Melayu Perak yang diperkenankan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Beliau dikurniakan gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan sebagai Orang Besar 8 Perak dan dilantik Ahli Seumur Hidup Dewan Negara Perak pada tahun 2012, dan dimasyhurkan baru-baru ini.
Pada tahun 2018, beliau dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam di Peringkat Persekutuan. Semenjak tahun 2010, beliau termasuk dalam senarai tahunan 500 orang Islam yang paling berpengaruh di dunia (The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims).
- Dr. Ayman Al-Akiti ;
Dr. Ayman al-Akiti lahir dan membesar di Kuala Lumpur, beliau memulakan pendidikan sekolah rendahnya di SK Bukit Damansara (SKBD). Ketika masih berumur 13 tahun, beliau mengembara ke Jawa Timur, Indonesia untuk menuntut ilmu agama di beberapa pesantren tradisional selama 7 tahun. Setelah lulus sijil Aliyyah Pesantren dari Madrasah Nidhomiyyah Pondok Pesantren Raudlatul Ulum, Kencong, Kediri, Jawa Timur, beliau telah dilantik menjadi ustaz di pondok tersebut dan berkhidmat selama 6 tahun. Pada masa itu, beliau juga begitu aktif bergiat dalam majlis Bahtsu al-Masail, sebuah forum muzakarah fatwa yang menjawab pelbagai persoalan umat Islam di bawah kelolaan Nahdlatul Ulama.
Beliau menamatkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda di Fakulti Syariah Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri/STAIN (kini Institut Agama Islam Negeri atau IAIN) Kediri, peringkat Sarjana di Universiti Hassan II, Casablanca, Maghribi dalam bidang Akidah dan Agama dalam Khazanah Barat Islam dan seterusnya para peringkat Doktor Falsafah di Universiti al-Qarawiyyin, Maghribi dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam. Ketiga-tiganya lulus dengan Kepujian Kelas Pertama. Beliau anak Malaysia pertama menerima Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti al-Qarawiyyin, universiti tertua dunia.
Di Maghribi, Dr. Ayman al-Akiti amat aktif mengajar mahasiswa mahasiswi dari Malaysia, Indonesia dan Thailand secara talaqqi dengan mengasaskan sebuah majlis ta’lim dengan nama Pondok Jawi Maghribi yang bertempat di Sale, Maghribi. Dr. Ayman juga aktif membentang kertas kerja dalam seminar-seminar antarabangsa di serata Maghribi, Nusantara dan Eropah.
Sekarang beliau bertugas sebagai Assistant Professor (Pensyarah) Department of Usul al-Din and Comparative Religion, Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (KIRKHS) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan sebagai salah satu personaliti Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam rancangan Imanuna.
Semoga insan hebat ini menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar MTNP.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/fxbbho

Pengumuman

Pelaksanaan Sistem eAduan

Penggunaan sistem eaduan akan dilaksanakan untuk sebarang aduan/cadangan kepada pengguna samaada kakitangan,pelajar dan ibubapa. Sebarang aduan/cadangan hendaklah dikemukakan menggunakan sistem eaduan yang boleh diakses di laman utama atau klik disini

 

Pembayaran Yuran Secara Online

Sesi tahun ini, pihak MTNP telah menyediakan perkhidmatan pembayaran yuran secara online melaui perkhidmatan  FPX. Sehubungan dengan itu, ibu bapa boleh melayari portal utama MTNP untuk membuat sebarang transaksi pembayaran yuran. Manual penggunaan boleh di akses disini

 

 terkiniPengambilan Pelajar Tingkatan 1 Kemasukkan Tahun 2021

Untuk makluman, pengambilan pelajar bagi kemasukkan Tingkatan 1 Tahun 2021 telah ditutup. . Semakan permohonan boleh dibuat di portal utama MTNP atau klik disini .

 

 

 

 

 

 

BULETIN MTNP

PAUTAN PANTAS

 

staf

eaduan

 turath.jpg
iStaff eAduan eTurath
oo alumni etadika 
Office 365 Pendaftaran Alumni  eTadika

APLIKASI TAHFIZ

 

teachr       images       parents        
iMualem        iStudent       iParent        
                         
pay1        tapp                
Pembayaran Yuran       iWarden                
                         

APLIKASI DIPLOMA

 

stf       std       prent        
iTilmidh       iStudent       iParent        
                         
online payment                        
Pembayaran Yuran                        

Waktu Solat

Maklumat Pengunjung

5.png0.png5.png0.png8.png0.png
Today0
Yesterday0
This week0
This month0
Total505080

السبت، 24 تشرين1/أكتوير 2020 08:14

Temui Kami Di Sosial Media

fb2    youtube2    1417085629 Instagram-128    rss2

Galeri Gambar

Hiperangkai

jata   yp   kptm   Logo JAKIM

TOP