SELAMAT DATANG KE PORTAL MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG

CEOmtnp

 

Kalendar Aktiviti

No events found

Alhamdulillah.

Bersyukur kehadirat ilahi serta dengan keberkatan Al-Quran, MTNP berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai sekolah terbaik negeri Pahang 5 tahun berturut-turut dengan GPS 1.99 dan 100% calon layak mendapat sijil.

 

Bertempat di Bilik Mesyuarat MTNP, telah berlangsung Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2017 yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus, turut hadir sama ialah Pengurus Besar Yayasan Pahang, Dato Hj Mahmud Nawawi.

 

Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Negeri Pahang di sini mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.99 sekali gus menjadi institusi terbaik di negeri Pahang 5 tahun berturut turut.

 

Di hujung majlis Dr. Tajuddin Mohd. Yunus menyampaikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Maahad Tahfiz Negeri Pahang kepada Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Datuk Dr. Hj. Zulkifle Bin Hj. Ali Al-Hafiz.

Seterusnya, bertempat di Auditorium MTNP, berlangsung Anugerah Kecemerlangan SPM 2017 Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang disempurnakan oleh Encik Airul Amri Amran, Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang, turut hadir ialah barisan pengurusan dan pentadbiran MTNP serta ibu bapa pelajar SPM 2017.

Doakan semoga anak2 tahfiz ini terus cemerlang di menara gading dan menjadi insan hebat demi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi Allah.

#spm2017
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 7457

 

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Ilmu bersama Habib Muhammad Bin Saleh Al Attas Huraidhah Hadhramaut bertempat di Auditorium MTNP, turut hadir bersama YDP MPIBG, YH Dato' Syed Borhanuddin.

Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie dari Hadramout yang sering kali mengunjungi Malaysia di dalam usaha dakwahnya. Di antara guru-guru beliau ialah yang tidak asing lagi Habib Umar bin Mohd bin Salim Bin Hafidz, mudir pusat pengajian Dar Al-Mustofa, Tareem, Hadramout Yaman, Habib Muhammad bin Abdullah AlHaddar dan Habib Ali bin Muhammad Al-Attas (mufti Huraidah, Hadramout Yaman).

Sebagai seorang mudir Rubath Al Fath, di Huraidhah, Hadhramaut, Yaman, beliau mempunyai lebih daripada 50 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai negara termasuk Indonesia dan Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak.

Info : Awalan nama Habib (Bahasa Arab: حَبيبْ‎; orang yang dikasihi) di kalangan orang Arab-Indonesia dan juga Malaysia digunakan sebagai panggilan/gelaran khusus terhadap keturunan Nabi Muhammad S.A.W melalui Fatimah az-Zahra dan Ali bin Abi Thalib.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 6843

 

Alhamdulillah, MTNP telah menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (MAIWP)

*kemaskini..

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 6797

 

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahfiz Diploma bertempat di Hotel Shahzan Inn Kuantan, Pahang.
Turut hadir menyerikan majlis iaitu pihak Pengurusan, Pensyarah-pensyarah diploma, Guru-guru, kakitangan dan semua pelajar diploma MTNP. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YH Dato' Dr. Hj. Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP.
* kemaskini
#diplomatahfiz #mtnp#tahfizpahang #memartabatkanAlquran
 
MGT 6362

 
 

Pengumuman

Pelaksanaan Sistem eAduan

Penggunaan sistem eaduan akan dilaksanakan untuk sebarang aduan/cadangan kepada pengguna samaada kakitangan,pelajar dan ibubapa. Sebarang aduan/cadangan hendaklah dikemukakan menggunakan sistem eaduan yang boleh diakses di laman utama atau klik disini

 

Pembayaran Yuran Secara Online

Sesi tahun ini, pihak MTNP telah menyediakan perkhidmatan pembayaran yuran secara online melaui perkhidmatan  FPX. Sehubungan dengan itu, ibu bapa boleh melayari portal utama MTNP untuk membuat sebarang transaksi pembayaran yuran. Manual penggunaan boleh di akses disini

 

 

 

 

BULETIN MTNP

PAUTAN PANTAS

 

staf

eaduan

email
iStaff eAduan Webmail
etadika alumni
eTadika Pendaftaran Alumni

APLIKASI TAHFIZ

 

teachr       images       parents        
iMualem        iStudent       iParent        
                         
pay1        tapp                
Pembayaran Yuran       iWarden                
                         

APLIKASI DIPLOMA

 

stf       std       prent        
iTilmidh       iStudent       iParent        
                         
online payment                        
Pembayaran Yuran                        

Waktu Solat

Maklumat Pengunjung

5.png0.png5.png0.png8.png0.png
Today0
Yesterday0
This week0
This month0
Total505080

الأحد، 29 آذار/مارس 2020 03:56

Temui Kami Di Sosial Media

fb2    youtube2    1417085629 Instagram-128    rss2

Galeri Gambar

Hiperangkai

jata   yp   kptm   Logo JAKIM

TOP