SELAMAT DATANG KE PORTAL MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG

dari meja ceo2

 

Kalendar Aktiviti

تشرين2
25

11:00 am - 12:00 am

Alhamdulillah, 22 Disember 2019 bertempat di Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang telah berlangsung Majlis Makan Malam Bersama YAB Menteri Besar Pahang dan Penyerahan Sijil ISO kepada MTNP.

Kerajaan Pahang akan memperluaskan MTNP ke seluruh negeri ini bagi mengambangkan lagi peranan MTNP menyediakan peluang pembelajaran seimbang dalam bidang keagamaan dan akademik.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kecemerlangan MTNP dalam pelbagai aspek menjadikan pusat pendidikan tersebut tumpuan kepada ibu bapa dan pelajar bukan sahaja di Pahang malah dari seluruh negara.

"Insyaallah MTNP akan diperluaskan ke semua daerah di Pahang dan daerah Lipis akan menjadi daerah pertama bagi usaha ini," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Penyerahan Sijil ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 kepada MTNP.

Hadir sama, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin
Ishak; Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah MTNP, YH. Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang, Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid Haji Wan Hassan; Eksekutif Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), En. Mohd Azanudin
Saleh; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Dato' Haji Mahmud Mohd Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, YH. Dato' Dr. Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz.

Dalam ucapannya, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy turut menyatakan rasa penghargaan dan bangga dengan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh warga kerja dan pelajar di MTNP kerana berjaya memperoleh dua pensijilan dalam satu masa.

Pencapaian ini menjadikan MTNP antara institusi tahfiz terawal di negara ini dan bakal menyaksikan anjakan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih tersusun dan mesra pelanggan di sebuah institusi tahfiz milik kerajaan negeri Pahang.

Beliau menggalakkan mana-mana agensi di Pahang yang sedang berusaha ke arah
pensijilan ISO dapat mencontohi dan kerja keras warga MTNP dan boleh menimba
pengalaman bersama MTNP.

"Saya berharap akan ada sekurang-kurangnya satu agensi di negeri ini memperoleh pensijilan ISO setiap tahun," katanya.

Keterangan sijil;
ISO 9001 : 2015
(Quality Management Systems - Requirements)
- Certificate no.: QMS 03491.

MS 1900 : 2014
(Shariah-Based Quality Management Systems - Requirements with Guidance)
- Certificate no.: QMS-i 00143.

IQNet ISO 9001 : 2015
(Provision of Education Services For Tahfiz Profesional and Diploma Levels)
- Certificate no.: MY-QMS 03491

 

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/q6hjca

 



#MajuTerusPahang#Pahang1st#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

isoMtnp2019

Alhamdulillah, pagi ini telah berlangsung Majlis Perasmian Cafe Masjid MTNP oleh YB Dato' Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dalam Majlis serba ringkas yang turut serta bersama YH Dato' Hj. Mahmud Bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang dan YH Dato' Dr. Hj. Zulkifle B. Hj. Ali Al-HafIz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP.

Majlis dimulai dengan solat subuh berjemaah diikuti tazkirah oleh YB Dato' Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak yang berkongsi mengenai Doa Nabi Ibrahim Alaihissalam.

من دعاء إبراهيم عليه السلام

{رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ (83) وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ (84) وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ (85) وَاغْفِرْ لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ (86) وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ (87)يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)} [الشعراء]

majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Zainudin bin Zakaria dan jamuan ringan.

 

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/vklaj2



#masjidMTNP#memartabatkanAlquran

rasmiCafeMasjidMtnp2019

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Agung Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Dan Guru MTNP kali ke-3 2019 yang diadakan di Dewan Mahkota MTNP selepas selesai program Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar MTNP 2019.

Mesyuarat kali ini bertujuan untuk lantikan baru jawatankuasa MPIBG MTNP bagi tahun 2020-2021 dan membincang isu-isu semasa.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/egjcqi


#mpibg
#MajuTerusPahang#Pahang1st#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

mpibgMtnp2019

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar MTNP 2019 yang disempurnakan oleh YH Dato' Hj. Mahmud Bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang bertempat di Dewan Mahkota MTNP yang turut dihadiri oleh YH Dato' Hj. Zulkifle Bin Hj. Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru (MPIBG), barisan pengurusan, guru-guru dan ibu bapa pelajar MTNP.

Majlis dimulai dengan Pelaporan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun dan Karantina 2019 dan diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil Kecemerlangan Akademik dan Hafazan, Kecemerlangan Program Karantina dan Kecemerlangan Sistem Rumah.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/b4gqmr

#MajuTerusPahang#Pahang1st
#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

apresiasiMtnp2019

Pengumuman

Pelaksanaan Sistem eAduan

Penggunaan sistem eaduan akan dilaksanakan untuk sebarang aduan/cadangan kepada pengguna samaada kakitangan,pelajar dan ibubapa. Sebarang aduan/cadangan hendaklah dikemukakan menggunakan sistem eaduan yang boleh diakses di laman utama atau klik disini

 

Pembayaran Yuran Secara Online

Sesi tahun ini, pihak MTNP telah menyediakan perkhidmatan pembayaran yuran secara online melaui perkhidmatan  FPX. Sehubungan dengan itu, ibu bapa boleh melayari portal utama MTNP untuk membuat sebarang transaksi pembayaran yuran. Manual penggunaan boleh di akses disini

 

terkiniSemakan Simulasi Pengambilan Tingkatan 1 Kemasukkan Tahun 2021

Untuk makluman, pengambilan pelajar bagi kemasukkan Tingkatan 1 Tahun 2021 telah ditutup. Semakan kelayakan simulasi boleh dibuat disini . Semakan akan dibuka pada 25.11.2020. Makluman semakan akan dimaklumkan melalui portal MTNP atau Facebook. Sila cetak surat untuk tindakan dan makluman permohonan.

 

 

 

 

BULETIN MTNP

PAUTAN PANTAS

 

staf

eaduan

 turath.jpg
iStaff eAduan eTurath
oo alumni etadika 
Office 365 Pendaftaran Alumni  eTadika

APLIKASI TAHFIZ

 

teachr       images       parents        
iMualem        iStudent       iParent        
                         
pay1        tapp                
Pembayaran Yuran       iWarden                
                         

APLIKASI DIPLOMA

 

stf       std       prent        
iTilmidh       iStudent       iParent        
                         
online payment                        
Pembayaran Yuran                        

Waktu Solat

Maklumat Pengunjung

5.png0.png5.png0.png8.png0.png
Today0
Yesterday0
This week0
This month0
Total505080

الجمعة، 04 كانون1/ديسمبر 2020 15:33

Temui Kami Di Sosial Media

fb2    youtube2    1417085629 Instagram-128    rss2

Galeri Gambar

Hiperangkai

jata   yp   kptm   Logo JAKIM

TOP