Program Tahfiz Profesional (Tingkatan 1)

  • Tahfiz Professional

     

    tp2018

     

     

    Tahfiz Profesional ialah program yang dianjurkan oleh MTNP bermula pada tahun 2007 dengan pengambilan pelajar dari serata negeri Pahang dengan syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar-pelajar ini mendapat pembiayaan penuh biasiswa Yayasan Pahang bagi meneruskan peluang pendidikan peringkat menengah di sini.

     

    Pelajar-pelajar ini mengikuti kurikulum hafazan al-Quran 30 juzuk selain didedahkan dengan pengajian akademik Kementerian Pendidikan Malaysia sebagaimana sekolah harian biasa. Para pelajar juga turut didedahkan dengan kemahiran berbahasa Arab dan Inggeris di samping ilmu asas yang lain. Pengajian selama lima tahun ini akan melibatkan mereka dengan peperiksaan awam Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu PT 3 dan SPM.

     

    tahfiz2015

     

     

     

    hafaz 2    sijilc

      

     

    Syarat-syarat umum kelayakan adalah :-

     

    • Anak Jati Negeri Pahang dengan takrifan ; pemohon atau ibu atau bapa mestilah lahir di Negeri Pahang
    • Berumur tidak melebihi 13 tahun
    • Memperolehi 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
    • Boleh membaca Al-Quran dengan baik
    • Lulus dalam temuduga dan ujian simulasi yang dijalankan
    • Memliki personaliti dan sahsiah yang baik
    • Permohonan dibuka secara atas talian selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan
TOP