Majlis Penyampaian Elaun Insentif Huffaz Mutqin & Saguhati Raya Sumbangan MUIP Tahun 2015

Majlis Penyampaian Elaun Insentif Huffaz Mutqin dan Saguhati Raya Sumbangan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) kepada pelajar- pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) baru sahaja berlangsung sebentar tadi. Penyampaian dilakukan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid Wan Hassan.Turut hadir adalah Pengurus Besar Yayasan Pahang, Tuan Haji Mahmud Mohd Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Dato' Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz.


Elaun Insentif Huffaz Mutqin merupakan program setiap tahun yan diberikan kepada para pelajar oleh Yayasan Pahang atas kemampuan para pelajar menghafaz jumlah juzuk al-Quran yang telah ditetapkan. Ini adalah salah satu pemangkin dalam meletakkan al-Quran di dada setiap para pelajar dan seterusnya mengamalkan di dalam kehidupan seharian.

Seramai 280 orang pelajar telah menerima saguhati raya sumbangan MUIP pada kali ini dan sumbangan ini diharap dapat membantu para pelajar menyediakan keperluan raya yang kian menjelang tiba.

 

mutqin-8

 Penyampaian elaun dan insentif kepada para pelajar

 

mutqin-1   mutqin-2

Antara pegawai MUIP yang turut hadir mendengar ucapan CEO MTNP

 

mutqin-3   mutqin-6

 

mutqin-4

Ucapan dari Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid Wan Hassan

 

mutqin-5   mutqin-7

 

mutqin-8   mutqin-9

Pemberian elaun dan insentif kepada semua pelajar oleh Pengurus Besar Yayasan Pahang dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

 mutqin-10

Bergambar kenangan bersama dif-dif terhormat

TOP