Program Jalinan Akademik MTNP-SEMSAS

27 - 28 Julai 2015, Kerjasama antara dua institusi pendidikan yang telah lama terjalin telah mengadakan program usahama dalam mencapai kecemerlangan pendidikan. Jalinan akademik di antara kedua-dua institusi ini melibatkan hampir 75 orang pelajar melibatkan para pelajar tingkatan 5. Seramai 40 orang pelajar dari SEMSAS yang terpilih akan menginap dan merasai suasana pembelajaran MTNP dan seterusnya berkongsi pengalaman dalam memberi penekanan kepada para pelajar ke arah pencapaian yang cemerlang.

 

Antara subjek-subjek yang diberi penekanan ialah matematik tambahan, fizik, kimia dan biologi. Di samping para pelajar yang terlibat, para guru subjek juga turut sama berkongsi pembelalajaran dan pengajaran. Perasmian jalinan akademik ini di mulai dengan terlibat secara langsung bersama para pelajar MTNP di dalam perhimpunan pagi. Turut serta adalah Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Dato' Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz memberi ucap tama disamping perkongsian ilmu. Di samping itu, ucapan turut disampaikan oleh ketua rombongan dari SEMSAS.

 

utamas

Bergambar kenangan Program Jalinan Akdemik MTNP-SEMSAS 2015

 

s1  s2

Turut sama guru-guru memeriahkan perhimpunan pagi di auditorium

s4  s5

 Turut sama para pelajar tekun mendengar amanat

s6  s7

Tetamu undangan bekas alumni pelajar MTNP berkongsi pengalaman belajar di Scotland

s8   s9

s10  s11

Ucapan dari CEO MTNP memberi amanat di samping ucapan ketua kontijen SEMSAS terharu menyertai perhimpunan pagi

TOP