Program Pengukuhan Hafazan

21 Ogos 2015, Jumaat. Penglibatan semua guru tasmi' MTNP dalam mengukuhkan dan memantapkan lagi metod dan pelaksanaan sistem hafazan yang lebih kondusif kepada para pelajar telah diadakan. Taklimat ini telah diberikan oleh bekas pelajar MTNP 2007, Muhammad Arif Najib. Beliau berkongsi dan menceritakan pengalaman dalam mengukuhkan hafazan dan sistem yang dipraktikkan untuk menghafaz al-Quran.

 

Taklimat telah dipengerusikan oleh pengurus pentadbiran, Tuan Haji Mohammad Ismail dan program ini telah diadakan selama dua jam. Sesi akhir program dengan soal jawab oleh para guru tasmi' dalam memberikan situasi para pelajar kini dan seterusnya mengamalkan sistem hafazan yang telah dipraktikkan oleh bekas pelajar tersebut.

 

1

 

2

 

3

 

4

 

5

 

6

 

7

 

8

 

9

 

10

 

11

MAKLUMAN SEBUTHARGA/TENDER

Tawaran Sebutharga (MTNP / 2 /1.D13 / 0002 )
Tender Mengusahakan Ruang Niaga di Medan Selera Maahad Tahfiz Negeri Pahang  download1

 

 

 

 

 

TOP