Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Institut Pengajian Tinggi Swasta (PERINTIS 2016)

5

 

15-16 November 2016, MTNP telah menghantar tiga kumpulan ke Pertandingan Rekacipta dan Inovasi dalam singkatan PERINTIS dengan membawa tiga projek iaitu 'Mars to Earth', 'One Tap Secure' dan 'Duo Honey Jelly'. Pertandingan tersebut telah diadakan di Universiti Tenaga Nasional, Putrajaya. Seramai 11 orang pelajar terlibat termasuk 2 guru pengiring.

 

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional yang bertempat di Dewan Seri Sarjana, Kampus Putrajaya dan dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie iaitu Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori sekolah dan kategori universiti dimana tiga Anugerah Utama (Emas, Perak dan Gangsa) dan lapan Anugerah Khas (‘TNB Special Award’, ‘UNITEN Special Award’, ‘PERINTIS Most Promising Invention Award’, ‘PERINTIS Best Young Inventor Award’, ‘PERINTIS Best Commercial Potential Award’, ‘ZHL Group Environmental Award’, ‘PERINTIS Best of the Best Award’ dan ‘Minds Special Award’) telah ditawarkan. Sebanyak 170 kumpulan telah melibatkan diri dalam pertandingan ini dengan 30 buah sekolah rendah, menengah dan kolej bertanding dalam kategori sekolah.

 

Alhamdulillah dengan doa dan berkat dari Allah S.W.T, MTNP telah merangkul dua Emas dan satu Perak serta kumpulan yang membawa projek ‘One Tap Secure’ telah dinobatkan anugerah ‘PERINTIS Best of the Best’ manakala kumpulan ‘Duo Honey Jelly’ pula telah dinobatkan anugerah ‘PERINTIS Most Promising Invention’. 

 

Jadual Berikut adalah ringkasa anugerah yang dimenangi oleh setiap kumpulan yang telah dihantar oleh MTNP.

 

KUMPULAN ANUGERAH UTAMA ANUGERAH KHAS
 ‘One Tap Secure’
  1. Muhammad Farhan Bin Mohd Razali                                                                 4ik
  2. Luqman Fikri Bin Khairul Salleh                                                                 4ik
  3. Nurul ‘Aliah Binti Mohd Fauzan                                                              4IK
Emas ‘PERINTIS Best of the Best’
Duo Honey Jelly’
  1. Muhammad Aliff Furqan Bin Abdul Ghani                                                                                 4is
  2. Muhammad Afiq Ikmal Bin Mohd Yusof                                                                  4is
  3. Sofia Balqis Binti Mohd Faisal                                                                  4is
Emas ‘PERINTIS Most Promising Invention’
 ‘Mars To Earth’
  1. Ahmad Hadi Syafiq B. Mohamad                                                           4is
  2. Muhammad Harith Ihsanuddin B. Nordin                                                                4is
  3. Muhammad Luqman B. Abdul Rahman                                                              4is
  4. Muhammad Fathi B. Mohamad Razip                                                                4IK
Perak -

 

 

TOP