Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 sesi 2017-2021

Selasa. 17 November 2017. Alhamdulillah, telah berlangsung pendaftaran warga baru MTNP seramai 55 orang pelajar yang terdiri daripada 29 orang lelaki dan 24 orang perempuan,Program telah berlangsung di dewan auditorium MTNP yang turut dihadiri oleh ibu bapa yang melibatkan penerangan berkaitan asrama dan peraturan-peraturan MTNP.

 

Program bermula dengan pendaftaran dan taklimat ringkas dari Pengurus Kanan Bahagian Operasi Yayasan Pahang dan seterusnya ucapan dari YH Dato' CEO MTNP, disertakan juga adalah gimik akad penyerahan dari wakil ibu bapa dan diikuti dengan ikrar dari pelajar-pelajar baru kepada pihak Pengurusan Tertinggi MTNP .

 

Apa yang lebih membanggakan bagi kedua ibu bapa melainkan melihat kejayaan anak-anak mereka, jadi sama-sama kita doakan semoga anak-anak ini berjaya menjadi pemelihara Al-Quran suatu hari nanti seterusnya memartabatkan Al-quran dimata dunia.

 

 

 

TOP