Mesyuarat Pelarasan Penubuhan Tadika Tahfiz Negeri Pahang

13 September 2017, Pulau Serai, Pekan, Pahang, Telah berlangsung Mesyuarat Pelarasan Penubuhan Tadika Tahfiz Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh YH Dato' Sri Wan Abdul Wahid Bin Wan Hassan.

Tadika Tahfiz ini merupakan projek kerjasama antara Yayasan Istana Abdul Aziz dan Yayasan Pahang di bawah operasi Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Turut hadir 10 agensi kerajaan terdiri daripada Ketua Balai Polis Daerah Pekan, Ketua Balai Bomba Daerah Pekan, Pegawai dari Majlis Daerah Pekan, Pegawai Kesihatan Daerah Pekan, Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR), Pegawai Pendidikan Negeri Pahang dan lain-lain.

#tadikatahfiznegeripahang #mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran MGT 3203

TOP