Kunjungan Hormat Daripada Wakil Leap Ed

Kunjungan hormat daripada wakil Leap Ed dalam program kerjasama dua hala antara MTNP dan Leap Ed, Lawatan kali ini disertai oleh wakil daripada Leap Ed iaitu Dr. Lloyd Precious, Puan Hemalatha dan Pn Norazrin Haroun yang memfokuskan kepada pembangunan insaniah pelajar-pelajar tahfiz MTNP.

Maklumat berkenaan Leap Ed, 
LeapEd merupakan sebuah penyedia perkhidmatan pendidikan yang diberi mandat untuk mentransformasikan pendidikan di sekolah-sekolah secara meluas melalui program Sekolah Amanah Yayasan Amir sebagai pereka dan pelaksana program transformasi sekolah awam di bawah kerangka Sekolah Amanah Kementerian Pendidikan Malaysia.

LeapEd bertanggungjawab mereka bentuk program latihan dalaman yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan setiap sekolah. Aplikasi tentang pembelajaran baharu dan refleksi terhadap impak menjadi elemen penting dalam program kami, dan menghasilkan penerapan perubahan dalam amalan serta perubahan sikap para peserta dalam program ini.

Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dengan jayanya.. Aminnn..

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 4536

 

TOP