Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan 1 Tahfiz Profesional sesi 2018

Ahad, 14 Januari 2018. Telah berlangsung sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan 1 Tahfiz Profesional sesi 2018. Majlis dimulai dengan taklimat daripada Encik Airulamri bin Amran, Pengurus Kanan Bahagian Operasi Yayasan Pahang, disusuli amanat YH Dato' Dr. Haji Zulkifle B. Haji Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP seterusnya taklimat daripada Unit Hal Ehwal Pelajar MTNP dan diakhiri dengan Majlis Lafaz Akad Penyerahan pelajar daripada pihak ibubapa.

 

MGT 6218

 

TOP