Majlis Ilmu Bersama Habib Muhammad Bin Saleh Al Attas

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Ilmu bersama Habib Muhammad Bin Saleh Al Attas Huraidhah Hadhramaut bertempat di Auditorium MTNP, turut hadir bersama YDP MPIBG, YH Dato' Syed Borhanuddin.

Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie dari Hadramout yang sering kali mengunjungi Malaysia di dalam usaha dakwahnya. Di antara guru-guru beliau ialah yang tidak asing lagi Habib Umar bin Mohd bin Salim Bin Hafidz, mudir pusat pengajian Dar Al-Mustofa, Tareem, Hadramout Yaman, Habib Muhammad bin Abdullah AlHaddar dan Habib Ali bin Muhammad Al-Attas (mufti Huraidah, Hadramout Yaman).

Sebagai seorang mudir Rubath Al Fath, di Huraidhah, Hadhramaut, Yaman, beliau mempunyai lebih daripada 50 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai negara termasuk Indonesia dan Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak.

Info : Awalan nama Habib (Bahasa Arab: حَبيبْ‎; orang yang dikasihi) di kalangan orang Arab-Indonesia dan juga Malaysia digunakan sebagai panggilan/gelaran khusus terhadap keturunan Nabi Muhammad S.A.W melalui Fatimah az-Zahra dan Ali bin Abi Thalib.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 6843

 

MAKLUMAN SEBUTHARGA/TENDER

Tawaran Sebutharga (MTNP / 2 / 1.DI3 / 0001 )

Tender Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak ke Asrama Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), Tanjung Lumpur  download1

 

 

 

 

 

TOP