Pengumuman Keputusan SPM 2017

Alhamdulillah.
Bersyukur kehadirat ilahi serta dengan keberkatan Al-Quran, MTNP berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai sekolah terbaik negeri Pahang 5 tahun berturut-turut dengan GPS 1.99 dan 100% calon layak mendapat sijil.

Bertempat di Bilik Mesyuarat MTNP, telah berlangsung Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2017 yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus, turut hadir sama ialah Pengurus Besar Yayasan Pahang, Dato Hj Mahmud Nawawi.

Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Negeri Pahang di sini mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.99 sekali gus menjadi institusi terbaik di negeri Pahang 5 tahun berturut turut.

Di hujung majlis Dr. Tajuddin Mohd. Yunus menyampaikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Maahad Tahfiz Negeri Pahang kepada Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Datuk Dr. Hj. Zulkifle Bin Hj. Ali Al-Hafiz.

Seterusnya, bertempat di Auditorium MTNP, berlangsung Anugerah Kecemerlangan SPM 2017 Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang disempurnakan oleh Encik Airul Amri Amran, Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang, turut hadir ialah barisan pengurusan dan pentadbiran MTNP serta ibu bapa pelajar SPM 2017.

Doakan semoga anak2 tahfiz ini terus cemerlang di menara gading dan menjadi insan hebat demi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi Allah.

#spm2017
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 7457

 

TOP