"On-Boarding Session" Bersama LeapEd

Alhamdulillah, telah berlangsung "On-Boarding Session" Bersama LeapEd (Learning Enriched) Services Sdn. Bhd. berkaitan Program Sekolah Amanah bersama tenaga pengajar MTNP bertempat di bilik mesyuarat MTNP.

 

LeapEd merupakan sebuah penyedia perkhidmatan pendidikan yang diberi mandat untuk mentransformasikan pendidikan di sekolah-sekolah secara meluas melalui program Sekolah Amanah Yayasan Amir sebagai pereka dan pelaksana program transformasi sekolah awam di bawah kerangka Sekolah Amanah Kementerian Pendidikan Malaysia. LeapEd bertanggungjawab mereka-bentuk program latihan dalaman yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan setiap sekolah. Aplikasi tentang pembelajaran baharu dan refleksi terhadap impak menjadi elemen penting dalam program Leap Ed, dan menghasilkan penerapan perubahan dalam amalan serta perubahan sikap para peserta dalam program ini.

 

Semoga kehadiran mereka dapat memberi impak luar biasa kepada pelajar-pelajar tahfiz MTNP dan juga organisasi.

#leapEd #yayasanpahang#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 8153

 

TOP