Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2019 MTNP

syaratMainPage

 

Semua permohonan adalah secara atas talian "ON-LINE" di www.tahfizpahang.edu.my yang akan dibuka selama 6 HARI bermula pada pagi hari pertama keputusan UPSR diumumkan.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan ke tingkatan 1 sesi persekolahan 2019-2023 Maahad Tahfiz Negeri Pahang mengikut program-program yang ditawarkan.

 

1. PROGRAM TAJAAN PENUH YAYASAN PAHANG

1.1       Pemohon hendaklah anak negeri Pahang seperti takrifan berikut; Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri Pahang.

1.2       Berumur tidak melebihi 13 tahun

1.3       Memperolehi sekurang-kurangnya 3A dan 3B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

            (subjek Matematik, Sains & Bahasa Inggeris wajib A )

1.4       Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan berminat untuk menghafal Al-Quran.

1.5       Memiliki personaliti dan sahsiah yang baik serta sihat tubuh badan.

1.6       Lulus dalam sesi temuduga

1.7       Pendapatan isi rumah RM6,000.00 kebawah.

 

2. PROGRAM TAJAAN YAYASAN PAHANG BERSYARAT

2.1       Pemohon hendaklah anak negeri Pahang seperti takrifan berikut; Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri Pahang.

2.2       Berumur tidak melebihi 13 tahun

2.3       Memperolehi sekurang-kurangnya 3A dan 3B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

            (subjek Matematik, Sains & Bahasa Inggeris wajib A )

2.4       Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan berminat untuk menghafal Al-Quran.

2.5       Memiliki personaliti dan sahsiah yang baik serta sihat tubuh badan.

2.6       Lulus dalam sesi temuduga

2.7       Yuran dikenakan bagi pendapatan isi rumah RM6,001.00 hingga RM20,000.00.

2.8       Sekiranya pendapatan isi rumah RM20,001.00 keatas,

            Sila rujuk perkara 3.0 (PROGRAM PEMBIAYAAN SENDIRI)

 

3. PROGRAM PEMBIAYAAN SENDIRI

   3.1      Terbuka kepada warganegara Malaysia

   3.2       Berumur tidak melebihi 13 tahun

    3.3       Memperolehi sekurang-kurangnya 3A dan 3B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

               (subjek Matematik, Sains & Bahasa Inggeris wajib A )

    3.4       Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan berminat untuk menghafal Al-Quran.

    3.5       Memiliki personaliti dan sahsiah yang baik serta sihat tubuh badan.

    3.6       Lulus dalam sesi temuduga

    3.7       Yuran bulanan RM1,500.00 bagi pendapatan isi rumah RM20,001.00 keatas.

TOP