Lawatan Mahabbah dari Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Addin-4

MTNP telah menerima tetamu seramai 12 0rang termasuk guru dan pelajar. Rombongan ini antara tujuannya adalah berkongsi maklumat dan merapatkan silaturrahim dalam memperkasakan kurikulum tahfiz di samping memastikan al-Quran sentiasa mantap di kalangan para pelajar.

Sesi berlangsung hampir 1 jam 30 minit ini melibatkan pihak pengurusan dan penekanan kepada unit tahfiz diploma. Perkongsian pintar dan teknik yang dapat membantu kedua-dua institusi seiring dalam melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam bidang al-Quran dan akademik.

 lawaddin

TOP