Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan & Khatam Hafazan Al-Quran MTNP 2019

21 Jun 2019, Jumaat. Alhamdulillah buat kesekian kalinya, Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan & Khatam Hafazan Al-Quran
MTNP 2019 telah sempurna dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan
Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan
Iskandar Al-Haj bertempat di Grand Ballroom The Zenith Hotel Kuantan.

Turut hadir mengiring KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah YAB Menteri Besar Pahang dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Seramai 174 orang pelajar telah menerima anugerah kecemerlangan masing-masing terdiri daripada khatam hafazan, cemerlang akademik dan juga kokurikulum.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

© All Copyrights Reserved MTNP 2019

majliskhatammtnp2 1 2

 

 

 

Sesi pertama, majlis dimulai dengan sesi khatam hafazan Al-Quran dan penyampaian hadiah oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang,
YH Dato' Haji Mahmud 
bin Mohd Nawawi.

 

 

 

Sesi kedua, majlis diteruskan dengan bacaan Al-quran oleh alumni MTNP, tayangan Montaj Pencapaian MTNP dan Pengurniaan Anugerah
Kecemerlangan & Khatam Hafazan Al-Quran disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin 
Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

© All Copyrights Reserved MTNP 2019

 

 

 

Bergambar kenangan 

 

TOP