IIUM Interschool Debate Championship

MTNP telah menyertai pertandingan IIUM INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP (IDC) edisi 2019 dengan mempertaruhkan 6 kumpulan pembahasa yang mewakili 3 kategori bahasa iaitu debat Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Bahasa Arab (BA).

Pertandingan debat yang berprestij ini telah disertai oleh 53 buah sekolah dari seluruh malaysia dan 1 buah sekolah dari Singapura.

MTNP telah menghantar 18 orang pelajar dan kesemuanya bertanding sebagai peserta dan kumpulan swing. Kategori bahasa inggeris telah mengetengahkan format pertandingan British Parlimentary manakala Bahasa Arab dan Bahasa Melayu masih mengekalkan format Asian Parlimentary.

Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan;

Pertandingan debat IDC UIA

- setiap kategori bahasa menghantar 2 pasukan tanpa peserta simpanan kecuali BA
- SEMUA Pelajar bertanding termasuk 2 peserta simpanan sebagai kumpulan SWING
- keputusan mengikut level

A) PUSINGAN AWAL

MTNP BM A - 3 kemenangan dari 4 pertandingan dan layak ke suku akhir

MTNP BM B - 2 kemenangan dari 4 pertandingan tidak layak ke suku akhir

MTNP BI A dan MTNP BI B kutipan mata 6 dari 4 sebab pertandingan british parlimentary tidak layak ke suku akhir

MTNP BA A - 3 kemenangan dari 4 pertandingan dan layak ke suku akhir
MTNP BA B - 2 kemenangan dari 4 pertandingan tidak layak ke suku akhir
MTNP Swing BA - 2 kemenagan dari 4 pertandingam tidak layak ke suku akhir

B) PUSINGAN SUKU AKHIR

MTNP BM A vs MRSM BENTONG
menang dan layak ke separuh akhir

MTNP BA B vs ALMAARIF KEDAH
menang dan layak ke separuh akhir

SEPARUH AKHIR

MTNP BM A vs MAAHAD TAHFIZ ALOR SETAR
kalah dan tidak layak ke final dan mendapat tempat ke 4 daripada 26 pasukan yang bertanding.

MTNP BA B vs AL JUNEID SINGAPURA
menang dan layak ke peringkat akhir

AKHIR

MTNP BA B vs SAM Bandar Salak Tinggi, Selangor (BEST)
MTNP kalah diperingkat akhir dan mendapat tempat ke 2 dari 24 buah pasukan

Muhammad Ikhwan Nafiah telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik pusingan akhir kategori bahasa arab **Berita selanjutnya ; https://rb.gy/iue43a

#debat#iium#idc #2019
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
debatIIUMmtnp2019

TOP