Lawatan Daripada Yayasan Islam Kelantan

Alhamdulillah, sebentar tadi MTNP telah menerima kunjungan daripada Yayasan Islam Kelantan sempena Lawatan Kerja Rombongan Yayasan Islam Kelantan ke MTNP.

Rombongan yang diketuai oleh YB. Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Kerajaan Negeri Kelantan dan YM. Tengku Ab Rahman Bin Tuan Yunus, Pengarah Yayasan Islam Kelantan bersama Timbalan Pengarah, Penolong-penolong Pengarah dan Pegawai Yayasan Islam Kelantan.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti beberapa aspek berkaitan untuk diterapkan dalam pengurusan dan pentadbiran Maahad Tahfiz kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

Taklimat telah disampaikan oleh Yang Hormat Dato' Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP.

Semoga lawatan ini mengeratkan lagi hubungan antara Yayasan Islam Kelantan dan MTNP bagi bersama-sama memartabatkan Alquran dan melahirkan lebih ramai penghafaz Alquran yang berkualiti.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/ynjdw3

#generasiAlquran#huffaz
#yayasanIslamKelantan#pantaitimur
#kelantan#pahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran DariKelantanmtnp2019