Sirih Pulang ke Gagang

Alhamdulillah, 27 Julai 2020 (Isnin) bertempat di Kompleks Yayasan Pahang Tanjung Lumpur, telah berlangsung majlis ringkas pertemuan YH Dato Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang bersama alumni MTNP SPM 2014 yang diiringi oleh YH Dato Ketua Pegawai Eksekutif MTNP dan wakil pengurusan MTNP.
Maklumat ringkas Alumni terlibat; dari kiri,
Muhammad Adam Faliq bin Abdul Ghani, telah menamatkan pengajian di University College London dalam bidang Politics Philosophy and Economics dan kini berkhidmat sebagai Penganalisa Pelaburan di Bank Negara Malaysia.
Azhan Aminy bin Ahmad Baqir, sekarang berada di tahun akhir di Gunma University, Japan dalam bidang Mechanical Science and Technology
Nur Ain Hannani Binti Hamid, telah menamatkan ijazah sarjana muda di USIM dalam bidang Food Biotechnology dan akan menyambung pengajian peringkat Ijazah sarjana ke Prefectural University of Hiroshima, Japan.
Nur Atiqah Zulkifli pula baru sahaja menamatkan ijazah sarjana muda di University of Wisconsin-Madison, United States dalam bidang Economics.
"Sirih Pulang ke Gagang"
Semoga menjadi bakal pencorak masa depan negara yang lebih gemilang berteraskan Al-Quran sebagai panduan dalam paksi kehidupan.
Aamiin.
 
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/eid74x
TOP