Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara UMP dan MTNP

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) bertempat di Dewan Banquet CTAR, UMP Pekan.
Sesi menandatangani MOU disempurnakan oleh YBhg Professor Ir. Dr. Wan Azhar bin Wan Yusoff, Naib Canselor UMP mewakili Universiti Malaysia Pahang dan YH Dato' Dr. Hj. Zulkifle bin Hj. Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP mewakili Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
Semoga dengan jalinan kerjasama ini dapat menyemarakkan usaha kearah Memartabatkan Alquran dan melahirkan lebih ramai huffaz yang berkualiti.
Aamiin. Berita selanjutnya ; https://rb.gy/tykd9u