Sambutan Maal Hijrah, Hari Malaysia & Kemerdekaan Peringkat MTNP

Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Maal Hijrah, Hari Malaysia & Hari Kemerdekaan Peringkat MTNP bagi tahun 2020.

Program dimulai dengan pengisian bersama Ustaz Jasrifuddin Bin Puteh dengan tajuk "Ulama & Perjuangan Kemerdekaan : Suatu Ibrah" bertempat di Dewan Auditorium MTNP dan dalam masa yang sama bertempat di Masjid MTNP berlangsung acara memasak Bubur Asyura dan Bubur Lambuk untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar, kakitangan dan edaran kepada jemaah yang hadir Solat Jumaat bersama pelajar Diploma Tahfiz.

Seterusnya sesi pemarkahan booth yang mempamerkan budaya negara yang pernah menjajah Malaysia iaitu British, Portugis, Jepun dan Belanda. Booth ini disediakan oleh pelajar mengikut rumah sukan dan kreativiti masing-masing yang melibatkam pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Sesi petang pula Majlis Perasmian Penutupan dimulai dengan persembahan teater kemerdekaan dan diikuti penyampaian hadiah Sistem Rumah dan diakhiri dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang.

Untuk pengetahuan, semua program ini diatur dan diuruskan oleh pelajar-pelajar manakala guru-guru hanya memantau dan memberi nasihat bagi melancarkan program. Ini bertujuan melatih para pelajar dengn ilmu kepimpinan dan untuk menguruskan sesebuah program di samping mengasah bakat pelajar melalui pertandingan-pertandingan yang disediakan.

 

Berminat untuk menghantar anak ke MTNP Tingkatan Satu 2021? Baca info di sini :

https://www.facebook.com/245416595541768/posts/3218918598191538/


Berita selanjutnya ; https://rb.gy/nzlnm2

#kemerdekaan#harimalaysia#maalhijrah
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

sambutanHariMalaysiaMtnp2020

TOP