13 Mac 2015, Jumaat. MTNP sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada Wakil Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan 

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang bertempat di Bilik Mesyuarat MTNP. Kunjungan lebih kurang 1 jam ini bertujuan merapatkan hubungan

sedia ada serta berkongsi pendapatan dan maklumat.

 

jpnp-11

 

jpnp-1

 

jpnp-2

 

jpnp-3   jpnp-4

 

jpnp-5

 

jpnp-6   jpnp-7

 

jpnp-8   jpnp-9

 

jpnp-10   jpnp-11

 

 

foto Megat Azlan

3 Mac 2015, Selasa. Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran dimaklumkan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) terus mengekalkan kecemerlangannya dalam peperiksaan SPM dengan pencapaian sekolah terbaik di Pahang dua tahun berturut-turut.

      Seramai 5 orang calon atau 16% telah berjaya mendapat A dalam semua matapelajaran berbanding 9% pada tahun sebelumnya. Dan 4 orang daripada mereka mendapat 12A.

      Dari segi gred purata sekolah (GPS) pula, MTNP telah memperolehi GPS 1.46 menjadikannya sekali lagi berada di kedudukan pertama berbanding sekolah-sekolah di negeri Pahang. Berada dikedudukan kedua adalah Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong dengan GPS 1.76, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) dengan 2.31 dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh dengan GPS 2.33.

    Pencapaian ini sekaligus telah meletakkan MTNP di kedudukan 10 sekolah terbaik di peringkat kebangsaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.  Selain kecemerlangan dalam akademik, kesemua pelajar ini turut telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.

 

spm2014-1

 

11 Mac 2015, Rabu. MTNP telah menerima lawatan dari ahli-ahli Kelab Huffaz dan para pensyarah di Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI), Bangi dalam rangka Program Ziarah Mahabbah Kalamullah ke MTNP.

 

Program bertemakan 'Al-Quran Dusturna' yang dianjurkan oleh Jabatan Al-Quran & As-Sunnah dengan kerjasama Kelab Huffaz IPG KPI 

bertujuan memberi peluang kepada para pelajar IPG KPI untuk melihat dan merasai sendiri pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran,

memberi pendedahan kaedah penghafalan dan pengulangan al-Quran, berkongsi pengalaman dan pengetahuan dan mengeratkan hubungan s

silaturrahim.

 

ipg-2

 

ipg-1   ipg-3

 

ipg-4   ipg-6

 

 

Ucapan Aluan daripada wakil IPG KPI dan Wakil MPP MTNP

 

ipg-8   ipg-9

 

 

Ucapan Aluan daripada Dato' Hj. Zulkifle bin Hj. Ali Al-Hafiz, CEO MTNP seterusnya menjawab soalan daripada pelajar-pelajar IPG KPI

dan menyampaikan cenderahati kepada pihak IPG KPI.

 

ipg-10   ipg-11

 

ipg-13   ipg-14

 

ipg-15   ipg-12

 

 

Program diteruskan dengan Teknik Menghafaz yang disampaikan oleh Ustaz Saleh bin Ramli 

 

ipg-16   ipg-17

 

Sesi soal jawab

 

ipg-18   ipg-19

22 Januari 2015, Khamis , Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah berlangsung di Kompleks Yayasan Pahang. Mesyuarat yang diadakan setiap 3 bulan ini dipengerusikan oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang. Mesyuarat ini melibatkan beberapa ahli lembaga pengarah yang dilantik dan turut hadir adalah pihak pengurusan MTNP.

 

Mesyuarat ini bertujuan melihat perkembangan dan pencapaian organisasi di bawah Yayasan Pahang khususnya MTNP dalam memberikan kemudahan pendidikan kepada warga negeri Pahang.

 

lembagapengarah-1 

4 Mac 2015, Rabu. Keterujaan diatas kejayaan mereka dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang diumumkan semalam, 5 pelajar cemerlang MTNP diraikan dalam satu majlis ringkas bersama YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob di Komplek Yayasan Pahang. 

 

Dalam majlis tersebut, selain berbangga dan bersyukur atas kejayaan MTNP, Dato' Sri telah memberi ucap tahniah disertakan dengan amanat serta nasihat sebagai bekalan untuk mereka melangkah ke alam baru yang lebih mencabar.   

 

spm2014-4

 

spm2014-5

 

spm2014-3

 

 

Bergambar kenangan bersama Pengurus Besar Yayasan Pahang 

 

spm2014-6

 

 

Bergambar kenangan berlatarbelakang MTNP dari Anjung Pejabat Pengurus Besar Yayasan Pahang

 

spm2014-7

 

Bergambar kenangan

 

spm2014-2   spm2014-8

 

Foto Megat Azlan

terbaik-pahang

Alhamdulillah,
Tahniah kepada calon SPM MTNP 2013,
Seramai 33 calon ( 97%) mendapat 7A keatas manakala 5 calon (15%) mendapat STRAIGHT A'S,
menjadikan MTNP sebagai sekolah terbaik di Negeri Pahang dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.45

TOP