Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Solat Jumaat di Masjid MTNP mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) setelah mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/zumwjq

Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MTNP bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 6, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur yang telah dipengerusikan oleh YAB. Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.
Mesyuarat yang diadakan setiap 3 bulan ini bertujuan mengetahui serta melaporkan prestasi syarikat dari segi kewangan, pencapaian, penambahbaikan dan lain-lain.
Turut hadir mengikut turutan gambar, YH Dato’ Dr. Haji Zulkifle Bin Haji Ali Al-Hafiz, YH Dato’ Dr. Haji Ahmad Munawar Bin Haji Abdul Jalil, YBHG. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Bin Muda, YH Dato’ Hajjah Saariah Binti Saad, YH Dato’ Hajjah Mahadiah Binti Haji Mohamad dan YH Dato’ Haji Mahmud Bin Mohd Nawawi.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/zla5yp
 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM 2019 di seluruh negara diatas keputusan yang membanggakan.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia 2019 Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah meningkat berbanding tahun lepas iaitu GPS 1.89 kepada GPS 1.51 manakala peratus skor straight A's meningkat kepada 28.80 % dan 98 % daripada calon SPM 2019 telah pun menamatkan Hafazan 30 Juzuk Al-Quran.

Tahniah dan setinggi tinggi terima kasih juga kepada pihak Yayasan Pahang yang banyak memberi sokongan, pihak Pengurusan dan Pentadbiran MTNP, Guru-guru yang berkorban masa dan tenaga dan ibu bapa yang senantiasa mendoakan kejayaan anak-anak tahfiz ini.
Semoga kejayaan yang dicapai pada hari ini akan menjadi penyuluh semangat kepada kejayaan yang akan datang.
Aamiin..

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/hg6rey

 



#spm2018#kuantan#pahang
#yp4u#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran


spmMtnp2020

Alhamdulillah, pagi ini telah berlangsung Perjumpaan Khas Kakitangan MTNP bersama YH Dato' CEO MTNP bertempat di Dewan Auditorium.
 
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/2c2ou8

Alhamdulillah, petang ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan MTNP 2020 yang telah disempurnakan oleh KPL. Rohani Binti Abdul Majid, Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM - MTNP. Turut hadir bersama ialah KPL. Muhamad Firdaus Bin Ahmad Idris.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/yqutcn
#mppMTNP
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

WatikahPelantikanMtnp2020

Alhamdulillah, telah berlangsung Tazkirah Khas Sempena Majlis Khatam 30 juzuk Dalam Solat Subuh MTNP disampaikan oleh YB Dato' Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan penyampaian cenderahati kepada imam yang bertugas bagi solat subuh 10 malam terakhir ramadhan.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/wwrgml
 

MTNP Ke Arah Pensijilan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System-ABMS (Sistem Pengurusan Anti-Rasuah).

System yang dikeluarkan oleh ISO bertujuan sebagai panduan dalam membantu sesebuah organisasi melaksanakan sistem pengurusan anti-rasuah yang lebih sistematik dan berkesan.

Majlis pelancaran ABMS peringkat kumpulan Yayasan Pahang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang Dato' Hj Mahmud Mohd Nawawi pada 7 Februari 2020 yang lalu akan dilaksanakan dan digunapakai di kesemua anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang pada tahun 2020.

Antara manfaat ABMS adalah meningkatkan kesedaran di peringkat dalaman dan luaran dalam menegakkan integriti, memberi keyakinan orang awam dan persepsi yang lebih baik, menubuhkan budaya integriti, meningkatkan moral pekerja dan memastikan ketelusan dalam pentadbiran. Kami sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam mempertingkatkan integriti dan tadbir urus yang telus.

Semoga usaha ini dipermudahkan.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/dk5zjz



#antirasuah#isoABMS
#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

ABMSmtnp2020

Alhamdulillah, telah berlangsung penyerahan sumbangan Tabung Prihatin Covid-19 MTNP Fasa-2 kepada masyarakat miskin dan fakir sekitar kawasan kejiranan MTNP.

Kali ini dana yang dikumpul adalah dengan kerjasama Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), Yayasan Pahang dan Tabung Masjid MTNP.

Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka ekoran penularan wabak ini.

 

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/zy8yu5



#TabungPrihatinCovid19
#YayasanAlSultanAbdullah#YASA
#yayasanphg#yp4u#mppd#mppMTNP
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

#PerintahKawalanPergerakan
#DudukDiRumah#KerapBasuhTangan
#Jarak1Meter#HapusCovid19

 

sumbanganCovid2Mtnp2020

Alhamdulillah, petang ini telah berlangsung Taklimat Influenza yang disampaikan oleh Puan Siti Suhaili Binti Suradi; Pegawai Perubatan & Kesihatan, bahagian Unit Kesihatan Sekolah.

Program anjuran Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa dan Guru (MPIBG) MTNP ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan Influenza, cara ia merebak dan cara mengelak dari ia terus merebak.

Mari kita memohon kepada Allah SAW agar terlindung daripada penyakit berkenaan dan penyakit seumpamanya.

 

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/tjn32i

 


#influenza
#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran


taklimatIInfluenzaMtnp2020

Alhamdulillah, telah berlangsung penyerahan sumbangan Tabung Prihatin Covid-19 MTNP kepada masyarakat miskin dan fakir sekitar kawasan kejiranan MTNP.

Semoga dengan agihan dana yang dikumpul dari Tabung Masjid MTNP, Kelab Kebajikan Kakitangan MTNP dan Tabung Baksis MPP Diploma MTNP ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka ekoran penularan wabak ini.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/pcafpy



#TabungPrihatinCovid19
#yayasanphg#yp4u#mppd#mppMTNP
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

#PerintahKawalanPergerakan
#DudukDiRumah#KerapBasuhTangan
#Jarak1Meter#HapusCovid19

 

sumbanganCovidMtnp2020

Alhamdulillah, pagi ini MTNP telah menerima kunjungan daripada Unit Pemulihan Penjara Penor dalam rangka lawatan sambil belajar ke MTNP.

Rombongan yang diketuai oleh KIP Rosmizi bin Mohamed @ AB Aziz; Pegawai Unit Pemulihan Penjara Penor bersama 10 orang Pegawai Penjara dan Pegawai Kader JAKIM bertujuan memberi pendedahan berkenaan sistem pengajaran bermodul dari MTNP untuk diguna pakai di program Tahfiz Baitul Hikmah di Jabatan Penjara Malaysia.

Rombongan juga dibawa melihat sesi hafazan yang berlangsung di Masjid MTNP dan juga sesi 'How to Survive' pelajar tingkatan 1 di Dewan Auditorium MTNP..

Semoga dengan kerjasama ini mempereratkan lagi hubungan sediaada antara MTNP dan Penjara Penor.

 

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/xlts0i

#demiAlqurandidada
#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

penjaraPenorMtnp2020

BERIMAN kepada Allah yang Maha Pencipta lagi Maha Pengatur sesuatu perkara merupakan satu rukun iman yang wajib dipercayai bagi setiap umat Islam.
Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya sama ada kita mengetahui ataupun tidak.
Setiap ujian yang Allah berikan kepada kita adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah selain mengajarkan kita untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman sebagaimana yang dipesan oleh Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT: Surah Al-Israa' ayat 82:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا
Maksudnya: Dan Kami turunkan secara beransur-ansur daripada Al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
And We reveal of the Quran that which is a healing and a mercy for believers though it increase the evil doers in naught save ruin .
我降示可以为信士们治疗和给他们以恩惠的《古兰经》,它只会使不信道者更加亏折。
-terjemahan mymasjid.net.my
Dengan arahan Kerajaan Malaysia berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, bersamalah kita mengambil peluang ini dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran di samping memuliakan penghujung bulan Rejab dan memuliakan bulan Sya'ban yang bakal tiba.
Semoga Allah sentiasa memelihara kita di dunia dan juga di akhirat serta dijauhkan daripada segala penyakit dan sentiasa menjadikan Negara Malaysia yang tercinta dalam keadaan aman dan damai.

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Khatam Hafazan Al-Quran & Anugerah Kecemerlangan Diploma 2019 bertempat di Dewan Mahkota MTNP.

Majlis ini diadakan bagi meraikan 19 orang pelajar semester 6, Diploma Tahfiz Al Quran dan Qiraat (Syukbah Qiraat & Syariah) MTNP bagi tahun 2020. Majlis khatam hafazan ini dipimpin oleh Us.Tengku Fathul Aziz bin Tengku Abdul Mutalib al hafiz dan Us Sulaiman bin Nordin al hafiz.

Disamping itu, turut diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi pelajar-pelajar Diploma bagi tahun 2019. majlis dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTNP YH Dato' Dr. Hj. Zulkifle bin Hj Ali Al-Hafiz

 

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/ju96pz



#khatamHafazanAlquran
#diplomaMTNP
#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

khatamDiplomaMtnp2020

Alhamdulillah, sedang berlangsung Temuduga Pengambilan Pelajar Baru Diploma Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM di lokasi tambahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Dengan situasi semasa ekoran penularan COVID-19 , MTNP telah melaksanakan proses pencegahan dengan pemakaian sarung tangan dan penutup mulut kepada petugas serta menyediakan pencuci tangan (hand sanitizer) dan pemeriksaan suhu (temperature screening) kepada calon dan tetamu yang hadir.

 

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/quxi3n
#temuduga#diploma
#dqJAKIM#JAKIM
#yayasanphg#yp4u#mppMTNP
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran


temudugaDiploma Mtnp2020

TOP