Alhamdulillah.. MTNP telah menyertai Kejohanan MSSD Catur di SMK Pelindung diadakan selama 3 hari iaitu pada 20,21 & 22 Januari 2020. Seramai 27 orang pelajar MTNP menyertai kejohanan ini dan melibatkan 446 pelajar daerah Kuantan. Kejayaan cemerlang dirangkul Maahad Tahfiz Negeri Pahang apabila berjaya mendapat tempat dalam setiap kategori yang dipertandingkan.
U18L Johan
Muhammad Ashriel Danial bin Saharuddin
U18P Tempat ke-6
Nurul Iman Nasuha binti Kamaruzaman
U15L
Tempat ke-3
Muhammad Noor Naim bin Muhammad Noor Fadillah
Tempat ke-4
Muhammad Izz Anaqi bin Mohd Shoair
Tempat ke-7
Akif bin Ibrahim
U15P Johan
Siti Nur Addawiyyah Balqis Bt Muhamad Sabri
Semoga kejayaan cemerlang terus dilakar dalam kejohanan seterusnya. Terima kasih kepada semua pihak.
Bersama memartabatkan Al-Quran
 
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/tn7zn2
 
 

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1441H/2019M bertempat di Hotel Grand Darul makmur, Kuantan yang berlangsung pada 29hb hingga 31hb Oktober 2019.

MTNP telah menghantar 10 orang peserta dan alhamdulillah 4 orang pelajar mendapat Johan dan seterusnya akan mewakili Negeri Pahang ke peringkat Kebangsaan dan manakala 3 orang pelajar mendapat Naib Johan.

Berikut kedudukan pelajar MTNP mengikut kategori.

Kategori 10 Juzuk Lelaki
Salman bin Zulkifle - Johan
Isa Dzarif bin Arif Bistami - Naib Johan

Kategori 20 Juzuk Lelaki
Muhammad Amiruddin bin Che Nordin - Johan

Kategori 30 Juzuk Lelaki
Tasnim firdausi bin Sahari - Naib johan
Mohammad Ikhwan bin Mohamad Nafiah - saguhati

Kategori 10 Juzuk Perempuan
Siti Nur Syamira Aqilah Binti Zailan - Johan
Nur Syafiqah Binti Kamaruzaman - Naib Johan

Kategori 20 Juzuk Perempuan
Nurul Nabihah Binti Abdul Latif - saguhati

Kategori 30 Juzuk Perempuan
Raina Binti Ramli - Johan
Farha Najwa Binti Ikhwan - saguhati

Manakala pelajar Alumni MTNP iaitu

Nur Hidayatul Najwa binti Hisham
Ke-3 kategori 20 Juzuk Perempuan,

Nur Alya Farhani binti Mohd Ghazali
Naib Johan kategori 30 Juzuk Perempuan

Nur Ain Farhana binti Mohd Helmi
saguhati kategori 20 Juzuk Perempuan.

Tahniah kepada semua peserta dan jutaan Terima kasih YH Dato’ Dr. Hj. Zulkifle b. Hj. Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, barisan Pengurusan dan guru-guru atas sokongan dan bimbingan.

 

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/glrvrr

 



#majlismenghafazAlQuranNegeriPahang
#huffaz#kuantan#pahang
#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

hafazMtnp2019

Alhamdulillah, 22 Disember 2019 bertempat di Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang telah berlangsung Majlis Makan Malam Bersama YAB Menteri Besar Pahang dan Penyerahan Sijil ISO kepada MTNP.

Kerajaan Pahang akan memperluaskan MTNP ke seluruh negeri ini bagi mengambangkan lagi peranan MTNP menyediakan peluang pembelajaran seimbang dalam bidang keagamaan dan akademik.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kecemerlangan MTNP dalam pelbagai aspek menjadikan pusat pendidikan tersebut tumpuan kepada ibu bapa dan pelajar bukan sahaja di Pahang malah dari seluruh negara.

"Insyaallah MTNP akan diperluaskan ke semua daerah di Pahang dan daerah Lipis akan menjadi daerah pertama bagi usaha ini," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Penyerahan Sijil ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 kepada MTNP.

Hadir sama, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin
Ishak; Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah MTNP, YH. Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang, Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid Haji Wan Hassan; Eksekutif Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), En. Mohd Azanudin
Saleh; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Dato' Haji Mahmud Mohd Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, YH. Dato' Dr. Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz.

Dalam ucapannya, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy turut menyatakan rasa penghargaan dan bangga dengan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh warga kerja dan pelajar di MTNP kerana berjaya memperoleh dua pensijilan dalam satu masa.

Pencapaian ini menjadikan MTNP antara institusi tahfiz terawal di negara ini dan bakal menyaksikan anjakan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih tersusun dan mesra pelanggan di sebuah institusi tahfiz milik kerajaan negeri Pahang.

Beliau menggalakkan mana-mana agensi di Pahang yang sedang berusaha ke arah
pensijilan ISO dapat mencontohi dan kerja keras warga MTNP dan boleh menimba
pengalaman bersama MTNP.

"Saya berharap akan ada sekurang-kurangnya satu agensi di negeri ini memperoleh pensijilan ISO setiap tahun," katanya.

Keterangan sijil;
ISO 9001 : 2015
(Quality Management Systems - Requirements)
- Certificate no.: QMS 03491.

MS 1900 : 2014
(Shariah-Based Quality Management Systems - Requirements with Guidance)
- Certificate no.: QMS-i 00143.

IQNet ISO 9001 : 2015
(Provision of Education Services For Tahfiz Profesional and Diploma Levels)
- Certificate no.: MY-QMS 03491

 

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/q6hjca

 



#MajuTerusPahang#Pahang1st#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

isoMtnp2019

Seluruh warga MTNP mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada YH Dato Dr. Hj. Zulkifle bin Hj. Ali Al-Hafiz CEO MTNP di atas Anugerah Tokoh Huffaz Peringkat Kebangsaan 2019 yang diterima oleh beliau bersempena Konvokesyen Himpunan Huffaz Permata Al-Quran Malaysia kali ke-7 bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu sebentar tadi.
Anugerah tersebut disampaikan oleh YB. Haji Satiful Bahari Bin Mamat Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi sebagai wakil rasmi YAB Menteri Besar Terengganu.
Semoga kejayaan ini dapat memberikan inspirasi dan tauladan untuk kita semua menjadi seorang hafiz profesional yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/cgzvfx

 

Alhamdulillah, pagi ini telah berlangsung Majlis Perasmian Cafe Masjid MTNP oleh YB Dato' Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dalam Majlis serba ringkas yang turut serta bersama YH Dato' Hj. Mahmud Bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang dan YH Dato' Dr. Hj. Zulkifle B. Hj. Ali Al-HafIz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP.

Majlis dimulai dengan solat subuh berjemaah diikuti tazkirah oleh YB Dato' Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak yang berkongsi mengenai Doa Nabi Ibrahim Alaihissalam.

من دعاء إبراهيم عليه السلام

{رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ (83) وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ (84) وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ (85) وَاغْفِرْ لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ (86) وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ (87)يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)} [الشعراء]

majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Zainudin bin Zakaria dan jamuan ringan.

 

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/vklaj2



#masjidMTNP#memartabatkanAlquran

rasmiCafeMasjidMtnp2019

"Maahad Tahfiz Negeri Pahang merupakan Dewan Makan pertama di negeri ini memperoleh sijil halal"
Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH Dato' Haji Mohd Ghazali bin Abdul Aziz, katanya pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Sijil Halal oleh JAIP kepada Dewan Makan Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang diusahakan oleh Ikon Kitchen, IASC Holdings Sdn. BHD. pagi ini.
-Sinar Harian 19 September 2019
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/jj5rxr
 

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Agung Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Dan Guru MTNP kali ke-3 2019 yang diadakan di Dewan Mahkota MTNP selepas selesai program Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar MTNP 2019.

Mesyuarat kali ini bertujuan untuk lantikan baru jawatankuasa MPIBG MTNP bagi tahun 2020-2021 dan membincang isu-isu semasa.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/egjcqi


#mpibg
#MajuTerusPahang#Pahang1st#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

mpibgMtnp2019

Alhamdulillah.. MTNP telah menyertai edisi ke-11 Pertandingan Debat dan Pidato Yayasan Selangor (DPYS) anjuran Yayasan Selangor pada 13 hingga 16 september 2019 bertempat di Hotel Gocos, Klang Selangor.
MTNP telah dinobatkan sebagai JOHAN untuk edisi kali ini. MTNP telah menghantar 3 buah pasukan dan 2 pasukan telah berjaya sehingga ke peringkat suku akhir dan salah satu daripadanya telah berentap di pusingan akhir bertemu Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), dengan margin 1 dan juri 4-3 dengan usul 'Demi Kesejahteraan Dewan ini akan mewajibkan pendaftaran akaun media sosial di bawah kerajaan', usul telah diterima dewan dan kemenangan berpihak kepada pasukan kerajaan yang diwakili oleh MTNP.
MTNP juga telah memenangi pendebat terbaik akhir dan tempat ke-5 dalam kategori pendebat terbaik keseluruhan.
Tahniah kepada semua peserta dan Guru yang terlibat.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/1chcya
 
 

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar MTNP 2019 yang disempurnakan oleh YH Dato' Hj. Mahmud Bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang bertempat di Dewan Mahkota MTNP yang turut dihadiri oleh YH Dato' Hj. Zulkifle Bin Hj. Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru (MPIBG), barisan pengurusan, guru-guru dan ibu bapa pelajar MTNP.

Majlis dimulai dengan Pelaporan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun dan Karantina 2019 dan diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil Kecemerlangan Akademik dan Hafazan, Kecemerlangan Program Karantina dan Kecemerlangan Sistem Rumah.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/b4gqmr

#MajuTerusPahang#Pahang1st
#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

apresiasiMtnp2019

Alhamdulillah. Seramai 6 orang pelajar MTNP telah mewakil Malaysia ke World Robot Games 2019 bertempat di ZEER RANGSIT, Grand Diamond Hall, Bangkok, Thailand pada 29 hingga 31Ogos 2019.
Negara yang turut serta bertanding antaranya Philippines, Singapore, Thailand, Indonesia, Vietnam, China dan Taiwan. Kategori yang dipertandingkan ialah Sumo Robot, Line Tracing, Search and Rescue MINI, Robot Rugby dan Innovative. Kategori baru yang diperkenalkan iaitu Line Tracing X-Treme.
Berikut senarai nama pelajar MTNP dan kategori yang dimenangi oleh pasukan Malaysia:
1. Best Performance Award :
- Marlia Binti Mahmud
- Ouswa Huseina Binti Badli Shah
2. Rugby Category 3Kg (Open) :
- Nabil Haikal Azfar Bin Zaiful Azman
- Muhammad Azamuddin Bin Suhaily
(BRONZE)
3. Innovative Category (Senior) -
- Ouswa Huseina Binti Badli Shah
- Alya Nur Izzah Binti Sharuddin
- Marlia Binti Mahmud
- Nabil Haikal Azfar Bin Zaiful Azman
(SILVER)
Jutaan terima kasih terutama kepada YH Dato' Ketua Pegawai Eksekutif MTNP dan Yayasan Pahang atas sokongan dan juga kepada semua yang menyokong dan mendoakan kejayaan untuk pasukan Robotic dan Inovasi MTNP.
 
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/oze8c8
 
 

Alhamdulillah, telah selesai Sesi Temuduga Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 bagi sesi kemasukan 2020 Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang diadakan pada 3 dan 4 Disember 2019 yang lalu.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/iv8lnd

 


#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

temudugaF1mtnp2019

Alhamdulillah. Telah berlangsung Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.

Tanpa menafikan betapa besarnya sentuhan dan sumbangan YB Dato' Sri Diraja kepada MTNP ini sendiri, malah tidak keterlaluan rasanya untuk seluruh warga MTNP memberi gelaran "Bapa Pembangunan MTNP" kepada YB Dato' Sri Diraja atas segala sumbangan idea, ungkapan nasihat dan semangat serta teguran yang penuh hikmah yang menjadi pemangkin kepada kecemerlangan MTNP sejak mula ditubuhkan hingga kini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Dato' Haji Mahmud Bin Mohd Nawawi.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/hdkdvx

 



#merdeka2019
#sayangimalaysiaku#malaysiabersih
#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

sambutanMerdekaMtnp2019

Alhamdulillah, 16 Nov 2019, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Teknik Mudah Menghafaz Al-Quran bertempat di MaSjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sambutan yang cukup membanggakan bagi kami dimana buat pertama kalinya program dianjurkan diluar Negeri Pahang ini dapat mengumpul lebih dari 100 penyertaan.

Program yang bermula jam 9 pagi hingga jam 5 petang itu diisi dengan tazkirah oleh PU Faris serta diselitkan dengan permainan ringkas membuatkan peserta tidak bosan dari awal hingga selesai program.

Semoga program ini dapat menjadi program tahunan di Masjid Wilayah Persekutuan ini dan secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada anak-anak untuk menghafaz Al-Quran.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/wbwufn

 



#bengkelhafazan
#teknikmudahmenghafaz#alQuran
#masjidwilayahpersekutuan#kualalumpur
#yayasanpahang#kuantan#pahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

masjidWilayahMtnp2019

Alhamdulillah, 8 Ogos 2019 (Khamis) bersamaan 7 Zulhijjah 1440H telah berlangsung majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara KUIPSAS dan MTNP dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Di Antara Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dan Institusi-Institusi Berkepentingan bertempat di Auditorium KUIPSAS Kuantan Pahang.
Majlis ini disaksikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang juga merupakan Pro-Canselor KUIPSAS. Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Pahang, YB. Dato' Sri Salehuddin bin Ishak.
Sebanyak 8 buah institusi termasuk MTNP menghadiri majlis dan menandatangani MoU pada hari ini. Institusi-institusi tersebut ialah Pahang Skills Development Centre, Kolej Komuniti Kuantan, Widad University College, University College of Yayasan Pahang, Chartered Institute of Management Accountant, Institute of Marketing Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Di dalam majlis ini, MTNP diwakili oleh YH. Dato' Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP manakala KUIPSAS diwakili oleh Rektor, YBrs. Prof. Madya Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.
Semoga dengan kerjasama ini mengukuhkan lagi hubungan strategik serta memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak dalam melahirkan pelajar atau graduan yang holistik, berdaya saing dan seimbang.
 
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/febeyr

 

Sabtu, 9 November 2019, Bersamaan 12 Rabiulawal 1441 Hijrah, telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang tahun 1441H / 2019M bertempat di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Sambutan kali ini, MTNP telah menyertai Pertandingan Perarakan Sepanduk bagi kategori IPTA, IPTS dan Sekolah, dan alhamdulillah MTNP telah memenangi Naib Johan manakala Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dinobatkan sebagai Juara perarakan diikuti Pergerakan Puteri Islam Sekolah Menegah Agama Al Ihsan mendapat tempat ke-3.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/lwsik6

#sambutanMaulidurRasul#1441H#2019M
#kuantan#pahang#darulmakmur
#yayasanpahang#jaip
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 
 
SepandukMtnp2019
TOP