Rabu, 15 Mei 2019 bersamaan 10 Ramadhan 1440H jam 12.30 tengahari bertempat di Auditorium MTNP telah
berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MTNP dan Yayasan Karantina
yang disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH Dato' Haji Mahmud bin Mohd Nawawi dan
semua peserta Seminar Teknik Hafaz Al-Quran Sebulan dan secara rasminya meletakan MTNP sebagai 
MITRA (Rakan Kongsi) Yayasan Karantina Tahfizh Al-Qur'an Nasional yang ke-80 .

 

Seterusnya, Majlis diteruskan dengan taklimat pengenalan teknik Yadain dan memperkenalkan 
Yayasan Karantina kepada warga pendidik dan pelajar-pelajar MTNP. 

 

#hafaz #hufaz #alquran
#yayasanpahang #yayasankarantina
#pahang #malaysia #indonesia #serumpun
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

 

karantinamtnp4 7

 

 

Sesi taklimat pengenalan teknik Yadain dan memperkenalkan Yayasan Karantina kepada warga pendidik dan pelajar-pelajar MTNP

 

Rabu, 15 Mei 2019 bersamaan 10 Ramadhan 1440H jam 8.30 pagi bertempat di Auditorium MTNP telah
berlangsung Seminar Teknik Hafaz Al-Quran Sebulan bersama tetamu jemputan khas dari Indonesia iaitu
Ustaz Ma'mum Al-Qurthuby, Pengerusi Yayasan Karantina dan Ustaz Yadi Iryadi, Pengasas teknik Yadain.

 

Seminar yang dihadiri oleh pengetua dan guru-guru tahfiz sekitar Negeri Pahang bertujuan memperkenalkan
Yayasan Karantina dan teknik Yadain. Seminar ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan
Pahang, YH Dato' Haji Mahmud bin Mohd Nawawi.

 

#hafaz #hufaz #alquran
#yayasanpahang #yayasankarantina
#pahang #malaysia #indonesia #serumpun
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

karantinamtnp2 1

 

Telah berlangsung Seminar Kesedaran Keselamatan Bahaya Fahaman Radikal & Ekstrimisme Terhadap Keselamatan Negara 
yang disampaikan oleh ASP Mohd Adib Bin Anwar, Bahagian E8 Counter Terrorism Cawangan Khas IPK Pahang untuk mengupas
tajuk Keganasan Semasa & Ancaman Militan Terhadap Keselamatan Negara.

 

IPKphgmtnp 3

 

Alhamdulillah, telah berlangsung Pendaftaran Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM
sesi 2019-2022 di lokasi tambahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

 

#diplomatahfiz #dq #jakim
#yayasanpahang
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

 

diplomamtnp2 1

 

 

Alhamdulillah, pagi ini MTNP telah menerima kunjungan oleh YB Dato' Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
dalam Majlis Ramah Mesra YB Dato' Sri Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Bersama Pelajar & Kakitangan MTNP, turut serta bersama 
YH Dato' Hj. Mahmud Bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang dan Pengurus-pengurus Kanan Yayasan Pahang.

 


#pahang #yayasanpahang
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

 

kunjunganDatoSSpahang 19

 

Telah berlangsung Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang bersama-sama warga Maahad Tahfiz Negeri Pahang..
**kemaskini..

 

MBphgmtnp 25

 

 

Tahniah dan syabas kepada pelajar2 spm 2018 atas keputusan yg membanggakan.

Pencapaian SPM 2018 Maahad Tahfiz Negeri Pahang meningkat berbanding tahun lepas dari segi GPS dan peratus straight A.

GPS MTNP 1.89 MANAKALA PERATUS STRAIGHT A SEBANYAK 13.7%

 

Senarai Pelajar Straight A's
1) Nazira bt Zailan
2) Nur Mujeera Chaudhry bt. Shahid Haq
3) Nur Aishah bt Kahairi
4) Nur Fadhilah bt Mohd. Nooriza
5) Nur Izzah Ulya bt. Mohd. Zawavi
6) Siti Nabilah Huda bt Mohd Nor
7) Nurul Sa'eidah bt Mat Said

 

#spm2018 #kuantan #pahang
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 4865

Telah berlangsung Ceramah Israk Mikraj bertajuk "Pengajaran Buat Pencinta Nabi" yang disampaikan oleh
Dr. Haji Abdullah Bin Ismail bertempat di Dewan Auditorium MTNP.
**kemaskini..

 

ceramahIsrakMikrajmtnp 6

 

Telah berlangsung lawatan Benchmarking SMA Al-Ihsan ke MTNP bertempat di bilik mesyuarat MTNP. Antara objektifnya ialah mengetahui
perjalanan kelas hafazan dan akademik MTNP serta melawat ke kelas hafazan dan Akademik semasa sesi pembelajaran.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

MGT 4608

 

Telah berlangsung Perjumpaan Kakitangan MTNP Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang bertempat
di bilik mesyuarat Yayasan Pahang.
**kemaskini..

 

bersamaCEOYP 1

Khamis, 28 Februari 2019. Telah berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan peringkat Zon Jaguh
Daerah Kuantan Tahun 2019M/1440H. Pada kali ini MTNP telah dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan MTQ ini. Pertandingan ini
telah disertai oleh 10 buah sekolah didalam Zon Jaguh Daerah Kuantan yang telah mempertandingkan
3 kategori iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran dan Syarahan Agama.

 

Keputusan pertandingan mengikut sekolah.
 

Tilawah Al-Quran, Kategori Lelaki :
1. MTNP
2. SMK SG. SOI
3. SMJK Tanah Puteh

 

Tilawah Al-Quran, Kategori Perempuan :
1. MTNP
2. SMART
3. SMK SG. SOI

 

Hafazan Al-Quran, Kategori lelaki :
1. MTNP
2. SMK SG. SOI
3. SMK Cenderawasih

 

Hafazan Al-Quran, Kategori Perempuan:
1. MTNP
2. SMJK Tanah Puteh
3. SMK Air Putih

 

Syarahan Agama, Kategori lelaki :
1. MTNP
2. SMART
3. SMK ST. Thomas

 

Syarahan Agama, Kategori Perempuan:
1. MGS
2. MTNP
3. SABS

 

#mtq #zonjaguh #mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran
MGT 4462

Telah berlangsung sesi Ramah Mesra Pelajar Tingkatan 1 Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang,
YH Dato' Hj. Mahmud Bin Mohd Nawawi bertempat di Bilik Seminar Yayasan Pahang. 
**kemaskini..

 

form1yp 11

 

 

YH DATO’ HAJI MAHMUD BIN MOHD NAWAWI

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Badan Kepimpinan Pelajar MTNP 2019. Majlis telah disempurnakan oleh
Tuan Haji Ishak Bin Othman, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNP wakil kepada Pengarah JPNP, Dr. Hj. Tajuddin Bin Mohd Yunus
yang telah berlangsung di Dewan Auditorium MTNP.
***kemaskini

 

MGT 4232

Telah berlangsung sesi Temuduga Pengambilan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM 
Sesi Pengajian 2019-2022 Di Lokasi Tambahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
**kemaskini..

 

temudugaDiplomamtnp 5

 

TOP