Sabtu, 14 Sept 2024. Alhamdulillah atas penghargaan yang diterima hari ini. MTNP telah menerima Anugerah Kecemerlangan Institusi Tahfiz SPM 2023 sempena Majlis Himpunan Huffaz yang menghimpunkan seramai 24,000 orang huffaz seluruh Malaysia.
Dato’ Indera Mahmud bin Mohd Nawawi, Pengarah Urusan Tahfiz Pahang Sdn. Bhd. (TPSB) dan Ketua Pegawai Eksekutif TPSB, Tuan Haji Mohd Lafzul bin Muda Al Hafiz hadir menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Majlis tersebut berlangsung di Masjid Wilayah, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.