Ahad, 8 September 2024. Syabas dan tahniah diucapkan kepada 2 orang Alumni MTNP SPM 2023 iaitu Muhammad Noor Firdaus Bin Mohd Noor Fadillah (11A) dan Siti Nur Addawiyyah Balqis Binti Muhamad Sabri (11A) yang menerima Anugerah Tunas Harapan Piala Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bertempat di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang.
Anugerah ini diberikan kepada atlet SUKMA 2024 yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2023. Mereka merupakan atlet yang mewakili Pahang bagi sukan catur serta sering mewakili MTNP bagi pelbagai peringkat pertandingan catur.
Semoga maju jaya, alumni!