- المجموعة: Artikel Terkini
WHISTLEBLOWING
POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan Tadbir Urus Korporat, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah mewujudkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Policy) bagi memudahkan warga MTNP atau orang awam melaporkan pelanggaran tatakelakuan atau integriti seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan yang serius dan salahguna kuasa seseorang yang dilantik dalam MTNP atau Anak Syarikat MTNP dengan lebih berkesan. (Rujuk Akta 711 Akta Perlindungan Pemberi maklumat 2010).
IDENTITI PENGADU DILINDUNGI
Mana-mana individu yang mahu melaporkan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti akan dilindungi oleh Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat.
Di bawah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat ini, laporan boleh dibuat terhadap mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan MTNP, sekiranya disyaki melakukan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti. Sebarang kes salah laku atau pelanggaran integriti yang dilaporkan akan disiasat menurut prosedur dan undang-undang yang berkaitan.
Maklumat pengadu akan dilindungi / dirahsiakan dari mana-mana pihak. Pengadu juga akan dilindungi dari apa-apa tindakbalas oleh orang yang diadu.
Jika tidak menggunakan polisi yang ditetapkan, pengadu bolehlah membuat aduan terus ke SPRM.
KAEDAH MEMBUAT LAPORAN
Emel : whistleblowing@tahfizpahang.edu.my
Hotline WhistleBlowing : +609 - 534 3333 ext 107
Surat : Sebarang surat atau aduan boleh diajukan ke alamat :
Unit Pemantauan Strategi Dan Jaminan Kualiti Maahad Tahfiz Negeri Pahang,
Kampus Maahad Tahfiz Negeri Pahang
Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur. Malaysia
Pihak MTNP mengalu-aukan aduan tanpa nama (anonymous)
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
Untuk membolehkan siasatan dilakukan dengan cekap dan berkesan, maklumat yang perlu disertakan adalah:
- Nama pengadu, nombor telefon, alamat surat-menyurat dan e-mel;
- Nama, nombor telefon dan alamat surat-menyurat mana-mana pihak yang disebut di dalam aduan.
- Butiran khusus mengenai bagaimana, mengapa dan bila perkara yang diadukan itu berlaku; dan
- Bukti atau maklumat saksi yang boleh membantu siasatan.
Kriteria utama pelaporan adalah maklumat yang benar berasaskan bukti dan tidak melibatkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.
- المجموعة: Artikel Terkini
Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Maal Hijrah, Hari Malaysia & Hari Kemerdekaan Peringkat MTNP bagi tahun 2020.
Program dimulai dengan pengisian bersama Ustaz Jasrifuddin Bin Puteh dengan tajuk "Ulama & Perjuangan Kemerdekaan : Suatu Ibrah" bertempat di Dewan Auditorium MTNP dan dalam masa yang sama bertempat di Masjid MTNP berlangsung acara memasak Bubur Asyura dan Bubur Lambuk untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar, kakitangan dan edaran kepada jemaah yang hadir Solat Jumaat bersama pelajar Diploma Tahfiz.
Seterusnya sesi pemarkahan booth yang mempamerkan budaya negara yang pernah menjajah Malaysia iaitu British, Portugis, Jepun dan Belanda. Booth ini disediakan oleh pelajar mengikut rumah sukan dan kreativiti masing-masing yang melibatkam pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Sesi petang pula Majlis Perasmian Penutupan dimulai dengan persembahan teater kemerdekaan dan diikuti penyampaian hadiah Sistem Rumah dan diakhiri dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang.
Untuk pengetahuan, semua program ini diatur dan diuruskan oleh pelajar-pelajar manakala guru-guru hanya memantau dan memberi nasihat bagi melancarkan program. Ini bertujuan melatih para pelajar dengn ilmu kepimpinan dan untuk menguruskan sesebuah program di samping mengasah bakat pelajar melalui pertandingan-pertandingan yang disediakan.
Berminat untuk menghantar anak ke MTNP Tingkatan Satu 2021? Baca info di sini :
https://www.facebook.com/245416595541768/posts/3218918598191538/
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/nzlnm2
#kemerdekaan#harimalaysia#maalhijrah
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
- المجموعة: Artikel Terkini
- المجموعة: Artikel Terkini
Pengumuman
Pelaksanaan Sistem eAduan
Penggunaan sistem eaduan akan dilaksanakan untuk sebarang aduan/cadangan kepada pengguna samaada kakitangan,pelajar dan ibubapa. Sebarang aduan/cadangan hendaklah dikemukakan menggunakan sistem eaduan yang boleh diakses di laman utama atau klik disini
Pembayaran Yuran Secara Online
Sesi tahun ini, pihak MTNP telah menyediakan perkhidmatan pembayaran yuran secara online melaui perkhidmatan FPX. Sehubungan dengan itu, ibu bapa boleh melayari portal utama MTNP untuk membuat sebarang transaksi pembayaran yuran. Manual penggunaan boleh di akses disini
Semakan Simulasi Pengambilan Tingkatan 1 Kemasukkan Tahun 2021
Untuk makluman, pengambilan pelajar bagi kemasukkan Tingkatan 1 Tahun 2021 telah ditutup. Semakan kelayakan simulasi boleh dibuat disini . Semakan akan dibuka pada 25.11.2020. Makluman semakan akan dimaklumkan melalui portal MTNP atau Facebook. Sila cetak surat untuk tindakan dan makluman permohonan.