MTNP Ke Arah Pensijilan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System-ABMS (Sistem Pengurusan Anti-Rasuah).
System yang dikeluarkan oleh ISO bertujuan sebagai panduan dalam membantu sesebuah organisasi melaksanakan sistem pengurusan anti-rasuah yang lebih sistematik dan berkesan.
Majlis pelancaran ABMS peringkat kumpulan Yayasan Pahang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang Dato' Hj Mahmud Mohd Nawawi pada 7 Februari 2020 yang lalu akan dilaksanakan dan digunapakai di kesemua anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang pada tahun 2020.
Antara manfaat ABMS adalah meningkatkan kesedaran di peringkat dalaman dan luaran dalam menegakkan integriti, memberi keyakinan orang awam dan persepsi yang lebih baik, menubuhkan budaya integriti, meningkatkan moral pekerja dan memastikan ketelusan dalam pentadbiran. Kami sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam mempertingkatkan integriti dan tadbir urus yang telus.
Semoga usaha ini dipermudahkan.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/dk5zjz
#antirasuah#isoABMS
#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
- المجموعة: Artikel Terkini
Alhamdulillah, petang ini telah berlangsung Taklimat Influenza yang disampaikan oleh Puan Siti Suhaili Binti Suradi; Pegawai Perubatan & Kesihatan, bahagian Unit Kesihatan Sekolah.
Program anjuran Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa dan Guru (MPIBG) MTNP ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan Influenza, cara ia merebak dan cara mengelak dari ia terus merebak.
Mari kita memohon kepada Allah SAW agar terlindung daripada penyakit berkenaan dan penyakit seumpamanya.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/tjn32i
#influenza
#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
- المجموعة: Artikel Terkini
Alhamdulillah, pagi ini MTNP telah menerima kunjungan daripada Unit Pemulihan Penjara Penor dalam rangka lawatan sambil belajar ke MTNP.
Rombongan yang diketuai oleh KIP Rosmizi bin Mohamed @ AB Aziz; Pegawai Unit Pemulihan Penjara Penor bersama 10 orang Pegawai Penjara dan Pegawai Kader JAKIM bertujuan memberi pendedahan berkenaan sistem pengajaran bermodul dari MTNP untuk diguna pakai di program Tahfiz Baitul Hikmah di Jabatan Penjara Malaysia.
Rombongan juga dibawa melihat sesi hafazan yang berlangsung di Masjid MTNP dan juga sesi 'How to Survive' pelajar tingkatan 1 di Dewan Auditorium MTNP..
Semoga dengan kerjasama ini mempereratkan lagi hubungan sediaada antara MTNP dan Penjara Penor.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/xlts0i
#demiAlqurandidada
#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
- المجموعة: Artikel Terkini
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Khatam Hafazan Al-Quran & Anugerah Kecemerlangan Diploma 2019 bertempat di Dewan Mahkota MTNP.
Majlis ini diadakan bagi meraikan 19 orang pelajar semester 6, Diploma Tahfiz Al Quran dan Qiraat (Syukbah Qiraat & Syariah) MTNP bagi tahun 2020. Majlis khatam hafazan ini dipimpin oleh Us.Tengku Fathul Aziz bin Tengku Abdul Mutalib al hafiz dan Us Sulaiman bin Nordin al hafiz.
Disamping itu, turut diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi pelajar-pelajar Diploma bagi tahun 2019. majlis dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTNP YH Dato' Dr. Hj. Zulkifle bin Hj Ali Al-Hafiz
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/ju96pz
#khatamHafazanAlquran
#diplomaMTNP
#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
- المجموعة: Artikel Terkini
Pengumuman
Pelaksanaan Sistem eAduan
Penggunaan sistem eaduan akan dilaksanakan untuk sebarang aduan/cadangan kepada pengguna samaada kakitangan,pelajar dan ibubapa. Sebarang aduan/cadangan hendaklah dikemukakan menggunakan sistem eaduan yang boleh diakses di laman utama atau klik disini
Pembayaran Yuran Secara Online
Sesi tahun ini, pihak MTNP telah menyediakan perkhidmatan pembayaran yuran secara online melaui perkhidmatan FPX. Sehubungan dengan itu, ibu bapa boleh melayari portal utama MTNP untuk membuat sebarang transaksi pembayaran yuran. Manual penggunaan boleh di akses disini
Semakan Simulasi Pengambilan Tingkatan 1 Kemasukkan Tahun 2021
Untuk makluman, pengambilan pelajar bagi kemasukkan Tingkatan 1 Tahun 2021 telah ditutup. Semakan kelayakan simulasi boleh dibuat disini . Semakan akan dibuka pada 25.11.2020. Makluman semakan akan dimaklumkan melalui portal MTNP atau Facebook. Sila cetak surat untuk tindakan dan makluman permohonan.