dari meja ceo2

 

Kalendar Aktiviti

No events found
Alhamdulillah. Seramai 6 orang pelajar MTNP telah mewakil Malaysia ke World Robot Games 2019 bertempat di ZEER RANGSIT, Grand Diamond Hall, Bangkok, Thailand pada 29 hingga 31Ogos 2019.
Negara yang turut serta bertanding antaranya Philippines, Singapore, Thailand, Indonesia, Vietnam, China dan Taiwan. Kategori yang dipertandingkan ialah Sumo Robot, Line Tracing, Search and Rescue MINI, Robot Rugby dan Innovative. Kategori baru yang diperkenalkan iaitu Line Tracing X-Treme.
Berikut senarai nama pelajar MTNP dan kategori yang dimenangi oleh pasukan Malaysia:
1. Best Performance Award :
- Marlia Binti Mahmud
- Ouswa Huseina Binti Badli Shah
2. Rugby Category 3Kg (Open) :
- Nabil Haikal Azfar Bin Zaiful Azman
- Muhammad Azamuddin Bin Suhaily
(BRONZE)
3. Innovative Category (Senior) -
- Ouswa Huseina Binti Badli Shah
- Alya Nur Izzah Binti Sharuddin
- Marlia Binti Mahmud
- Nabil Haikal Azfar Bin Zaiful Azman
(SILVER)
Jutaan terima kasih terutama kepada YH Dato' Ketua Pegawai Eksekutif MTNP dan Yayasan Pahang atas sokongan dan juga kepada semua yang menyokong dan mendoakan kejayaan untuk pasukan Robotic dan Inovasi MTNP.
 
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/oze8c8
 
 

Alhamdulillah. Telah berlangsung Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.

Tanpa menafikan betapa besarnya sentuhan dan sumbangan YB Dato' Sri Diraja kepada MTNP ini sendiri, malah tidak keterlaluan rasanya untuk seluruh warga MTNP memberi gelaran "Bapa Pembangunan MTNP" kepada YB Dato' Sri Diraja atas segala sumbangan idea, ungkapan nasihat dan semangat serta teguran yang penuh hikmah yang menjadi pemangkin kepada kecemerlangan MTNP sejak mula ditubuhkan hingga kini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Dato' Haji Mahmud Bin Mohd Nawawi.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/hdkdvx

 



#merdeka2019
#sayangimalaysiaku#malaysiabersih
#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

sambutanMerdekaMtnp2019

Alhamdulillah, 8 Ogos 2019 (Khamis) bersamaan 7 Zulhijjah 1440H telah berlangsung majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara KUIPSAS dan MTNP dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Di Antara Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dan Institusi-Institusi Berkepentingan bertempat di Auditorium KUIPSAS Kuantan Pahang.
Majlis ini disaksikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang juga merupakan Pro-Canselor KUIPSAS. Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Pahang, YB. Dato' Sri Salehuddin bin Ishak.
Sebanyak 8 buah institusi termasuk MTNP menghadiri majlis dan menandatangani MoU pada hari ini. Institusi-institusi tersebut ialah Pahang Skills Development Centre, Kolej Komuniti Kuantan, Widad University College, University College of Yayasan Pahang, Chartered Institute of Management Accountant, Institute of Marketing Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Di dalam majlis ini, MTNP diwakili oleh YH. Dato' Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP manakala KUIPSAS diwakili oleh Rektor, YBrs. Prof. Madya Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.
Semoga dengan kerjasama ini mengukuhkan lagi hubungan strategik serta memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak dalam melahirkan pelajar atau graduan yang holistik, berdaya saing dan seimbang.
 
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/febeyr

 

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Graduasi Program Karantina 'Hafal Qur'an Sebulan' Tingkatan 1 MTNP Siri pertama.

Program yang bermula sebulan yang lalu ini telah menunjukkan kejayaan yang membanggakan apabila seramai 10 orang pelajar telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh tersebut, manakala majoriti peserta berjaya menghafaz lebih dari 15 juzuk Al-Quran.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan tidak lupa juga kepada ibu bapa yang memberikan sokongan dan dorongan bagi menjayakan program ini.

Semoga siri berikutnya mampu melahirkan lebih ramai pelajar yang khatam seterusnya diikuti dengan program syahadah.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/9pkon5



#karantina#hafazAlquransebulan
#siri1#form1#tingkatan1
#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

graduasiKarantinaBatch1mtnp2019

Pengumuman

Pelaksanaan Sistem eAduan

Penggunaan sistem eaduan akan dilaksanakan untuk sebarang aduan/cadangan kepada pengguna samaada kakitangan,pelajar dan ibubapa. Sebarang aduan/cadangan hendaklah dikemukakan menggunakan sistem eaduan yang boleh diakses di laman utama atau klik disini

 

Pembayaran Yuran Secara Online

Sesi tahun ini, pihak MTNP telah menyediakan perkhidmatan pembayaran yuran secara online melaui perkhidmatan  FPX. Sehubungan dengan itu, ibu bapa boleh melayari portal utama MTNP untuk membuat sebarang transaksi pembayaran yuran. Manual penggunaan boleh di akses disini

 

terkiniSemakan Simulasi Pengambilan Tingkatan 1 Kemasukkan Tahun 2021

Untuk makluman, pengambilan pelajar bagi kemasukkan Tingkatan 1 Tahun 2021 telah ditutup. Semakan kelayakan simulasi boleh dibuat disini . Semakan akan dibuka pada 25.11.2020. Makluman semakan akan dimaklumkan melalui portal MTNP atau Facebook. Sila cetak surat untuk tindakan dan makluman permohonan.

 

 

 

BULETIN MTNP

PAUTAN PANTAS

 

staf

aduan

 oo
iStaff eAduan Office365
mtnptur ttnp  

Turath eTadika

 

APLIKASI TAHFIZ

 

teachr       images       parents        
iMualem        iStudent       iParent        
                         
pay1        tapp                
Pembayaran Yuran       iWarden                
                         

 

APLIKASI DIPLOMA

 

stf       std       prent        
iTilmidh       iStudent       iParent        
                         
online payment                        
Pembayaran Yuran                        

Waktu Solat

Maklumat Pengunjung

5.png0.png5.png0.png8.png0.png
Today0
Yesterday0
This week0
This month0
Total505080

الخميس، 28 كانون2/يناير 2021 23:13

Temui Kami Di Sosial Media

fb2    youtube2    1417085629 Instagram-128    rss2

Galeri Gambar

Hiperangkai

jata   yp   kptm   Logo JAKIM

TOP