dari meja ceo2

 

Kalendar Aktiviti

No events found

Alhamdulillah, sebentar tadi MTNP telah menerima kunjungan daripada Yayasan Islam Kelantan sempena Lawatan Kerja Rombongan Yayasan Islam Kelantan ke MTNP.

Rombongan yang diketuai oleh YB. Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Kerajaan Negeri Kelantan dan YM. Tengku Ab Rahman Bin Tuan Yunus, Pengarah Yayasan Islam Kelantan bersama Timbalan Pengarah, Penolong-penolong Pengarah dan Pegawai Yayasan Islam Kelantan.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti beberapa aspek berkaitan untuk diterapkan dalam pengurusan dan pentadbiran Maahad Tahfiz kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

Taklimat telah disampaikan oleh Yang Hormat Dato' Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP.

Semoga lawatan ini mengeratkan lagi hubungan antara Yayasan Islam Kelantan dan MTNP bagi bersama-sama memartabatkan Alquran dan melahirkan lebih ramai penghafaz Alquran yang berkualiti.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/ynjdw3

#generasiAlquran#huffaz
#yayasanIslamKelantan#pantaitimur
#kelantan#pahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran DariKelantanmtnp2019

Alhamdulillah. Telah berlangsung Pesta Durian MTNP 2019 bertempat di perkarangan masjid selepas solat asar sebentar tadi.

Program ini bertujuan untuk menjamu para pelajar MTNP dengan buah durian yang sedang lebat berbuah sekarang ini.

Diharapkan program seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan warga MTNP di samping mengurangkan tekanan di kalangan pelajar terutama selepas menghadapi peperiksaan pertengahan tahun 2019.

Pengurusan MTNP mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa dan MPIBG yang telah menyumbang sepenuhnya program ini.
Berita selanjutnya ;  https://rb.gy/zjwqoj
#pestadurianmtnp#durian
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
pestaDurianmtnp2019

MTNP telah menyertai pertandingan IIUM INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP (IDC) edisi 2019 dengan mempertaruhkan 6 kumpulan pembahasa yang mewakili 3 kategori bahasa iaitu debat Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Bahasa Arab (BA).

Pertandingan debat yang berprestij ini telah disertai oleh 53 buah sekolah dari seluruh malaysia dan 1 buah sekolah dari Singapura.

MTNP telah menghantar 18 orang pelajar dan kesemuanya bertanding sebagai peserta dan kumpulan swing. Kategori bahasa inggeris telah mengetengahkan format pertandingan British Parlimentary manakala Bahasa Arab dan Bahasa Melayu masih mengekalkan format Asian Parlimentary.

Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan;

Pertandingan debat IDC UIA

- setiap kategori bahasa menghantar 2 pasukan tanpa peserta simpanan kecuali BA
- SEMUA Pelajar bertanding termasuk 2 peserta simpanan sebagai kumpulan SWING
- keputusan mengikut level

A) PUSINGAN AWAL

MTNP BM A - 3 kemenangan dari 4 pertandingan dan layak ke suku akhir

MTNP BM B - 2 kemenangan dari 4 pertandingan tidak layak ke suku akhir

MTNP BI A dan MTNP BI B kutipan mata 6 dari 4 sebab pertandingan british parlimentary tidak layak ke suku akhir

MTNP BA A - 3 kemenangan dari 4 pertandingan dan layak ke suku akhir
MTNP BA B - 2 kemenangan dari 4 pertandingan tidak layak ke suku akhir
MTNP Swing BA - 2 kemenagan dari 4 pertandingam tidak layak ke suku akhir

B) PUSINGAN SUKU AKHIR

MTNP BM A vs MRSM BENTONG
menang dan layak ke separuh akhir

MTNP BA B vs ALMAARIF KEDAH
menang dan layak ke separuh akhir

SEPARUH AKHIR

MTNP BM A vs MAAHAD TAHFIZ ALOR SETAR
kalah dan tidak layak ke final dan mendapat tempat ke 4 daripada 26 pasukan yang bertanding.

MTNP BA B vs AL JUNEID SINGAPURA
menang dan layak ke peringkat akhir

AKHIR

MTNP BA B vs SAM Bandar Salak Tinggi, Selangor (BEST)
MTNP kalah diperingkat akhir dan mendapat tempat ke 2 dari 24 buah pasukan

Muhammad Ikhwan Nafiah telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik pusingan akhir kategori bahasa arab **Berita selanjutnya ; https://rb.gy/iue43a

#debat#iium#idc #2019
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
debatIIUMmtnp2019

Alhamdulillah, pada 6 Julai 2019, bermula jam 5 petang, telah berlangsung Mesyuarat Agung Alumni MTNP kali-1 dan Majlis Makan Malam Bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bertempat di Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang telah disempurnakan oleh YB. Encik Abd Rahim Bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan selaku wakil rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

**Berita selanjutnya ; https://rb.gy/htn3ir
**Gambar kenangan penerima hadiah ; https://rb.gy/h5wxct

#alumniMTNP
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran alumni2019mtnp 82web

Pengumuman

Pelaksanaan Sistem eAduan

Penggunaan sistem eaduan akan dilaksanakan untuk sebarang aduan/cadangan kepada pengguna samaada kakitangan,pelajar dan ibubapa. Sebarang aduan/cadangan hendaklah dikemukakan menggunakan sistem eaduan yang boleh diakses di laman utama atau klik disini

 

Pembayaran Yuran Secara Online

Sesi tahun ini, pihak MTNP telah menyediakan perkhidmatan pembayaran yuran secara online melaui perkhidmatan  FPX. Sehubungan dengan itu, ibu bapa boleh melayari portal utama MTNP untuk membuat sebarang transaksi pembayaran yuran. Manual penggunaan boleh di akses disini

 

terkiniSemakan Simulasi Pengambilan Tingkatan 1 Kemasukkan Tahun 2021

Untuk makluman, pengambilan pelajar bagi kemasukkan Tingkatan 1 Tahun 2021 telah ditutup. Semakan kelayakan simulasi boleh dibuat disini . Semakan akan dibuka pada 25.11.2020. Makluman semakan akan dimaklumkan melalui portal MTNP atau Facebook. Sila cetak surat untuk tindakan dan makluman permohonan.

 

 

 

BULETIN MTNP

PAUTAN PANTAS

 

staf

aduan

 oo
iStaff eAduan Office365
mtnptur ttnp  

Turath eTadika

 

APLIKASI TAHFIZ

 

teachr       images       parents        
iMualem        iStudent       iParent        
                         
pay1        tapp                
Pembayaran Yuran       iWarden                
                         

 

APLIKASI DIPLOMA

 

stf       std       prent        
iTilmidh       iStudent       iParent        
                         
online payment                        
Pembayaran Yuran                        

Waktu Solat

Maklumat Pengunjung

5.png0.png5.png0.png8.png0.png
Today0
Yesterday0
This week0
This month0
Total505080

الخميس، 28 كانون2/يناير 2021 22:28

Temui Kami Di Sosial Media

fb2    youtube2    1417085629 Instagram-128    rss2

Galeri Gambar

Hiperangkai

jata   yp   kptm   Logo JAKIM

TOP