PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU |
DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon program
Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat di Darul Quran JAKIM (DQ) dan di Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ). Program ini mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (MQA/FA7510).
SISTEM PENGAJIAN |
SISTEM PENGAJIAN
SISTEM PENGAJIANTEM PENGAJIAN
Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Pelajar akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Kursus-kursus elektif yang terdapat dalam program ini ialah:
- Kursus Elektif Qiraat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, MTN Pahang, KAQSA Melaka, MTQN (MAIK) Kelantan, MTQN Perak, IQDAR Kedah, ITQAN Negeri Sembilan, MTQ ADDIN Perak dan ITQAS Sabah)
- Kursus Elektif Syariah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTN Pahang)
- Kursus Elektif Dakwah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, ITQAN Negeri Sembilan, IQDAR Kedah, INSPI Terengganu dan IKMAS Sarawak)
- Kursus Elektif Hadith (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTQN Perak)
- Kursus Elektif Muamalat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM)
- Kursus Elektif Pengurusan Halal (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan KAQSA Melaka)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
|
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran
- Tidak berkahwin
- Lulus
- SPM; atau
- *Percubaan SPM (calon SPM 2020); atau
- *Keputusan Peperiksaan Tingkatan 5 (calon SPM 2020); atau
- *Keputusan Akhir Tahun Tingkatan Empat (Calon SPM 2020)
*mendapat pengesahan pihak sekolah
dengan syarat minimum Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab;
- Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah dan;
- LULUS Bahasa Inggeris
- LULUS Ujian Bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid)
- LULUS Temuduga
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Atau
- Kelayakan khas yang diberikan kepada Graduan Program Sijil Asas Tahfiz di Darul Quran adalah seperti berikut:
- Lulus matapelajaran Bahasa Arab dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya mendapat Gred ‘C’ sebelum tamat pengajian diploma / graduasi; dan
- Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul dalam Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran.
TEMU DUGA |
Calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
*keutamaan panggilan temu duga diberikan kepada calon yang mendapat gred B dan ke atas.
BIASISWA |
BIASISWA
Biasiswa / Bantuan Pendidikan akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan.
*Tertakluk kepada penawaran dari Institusi
CARA MEMOHON
|
Permohonan boleh diisi secara dalam talian (Online) bermula 22 Mac 2021 melalui laman sesawang:
Bagi permohonan ke Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ), sila klik pautan yang disertakan di LAMPIRAN
TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
Tarikh tutup permohonan 04 April 2021.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Darul Quran JAKIM:
Telefon : 03-6063 5333 / 5349 / 5323 / 5374
Faks : 03-6064 5497 / 03- 6064 2936
Emel: info_dq@islam.gov.my
MAKLUMAN SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA |
- Sila semak senarai nama secara dalam talian menerusi laman sesawang http://www.darulquran.gov.my dan bawa borang permohonan yang telah dicetak semasa temuduga.
- Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 23 Julai 2021 adalah dianggap tidak berjaya.
SENARAI LOKASI TAMBAHAN |
LAMPIRAN
BIL. |
NAMA DAN ALAMAT LOKASI TAMBAHAN |
NO. TELEFON @ FAKSIMILI |
LAMAN SESAWANG ATAU FACEBOOK |
1. |
Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) 73200 Gemenceh Negeri Sembilan. |
BAHAGIAN PENDIDIKAN JHEAINS Tel: 06-767 2831 Faks: 06-767 1850 |
http://www.itqan.edu.my http://jheins.ns.gov.my |
2. |
Maahad Tahfiz Negeri Pahang Kampus Maahad Tahfiz, Jalan Tanjung Lumpur 26060 Kuantan, Pahang. |
Tel: 09-534 3333 / 09-534 8985 Faks : 09-534 3000 / 09-534 8967 |
|
3. |
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat (MAIK) Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji 16100 Pengkalan Chepa,Kota Bharu, Kelantan. |
Tel: 09-774 4363 Faks: 09-771 5773 |
|
4. |
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Perak D/A Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) Jalan Raja Musa Mahadi 31400 Ipoh, Perak. |
Tel: 05- 542 1203 |
|
5. |
Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sabah (ITQAS) Jalan Persiaran Palma, 89600 Kinarut, Papar Sabah. |
Tel: 08-8751321 Faks: 08-8751320 |
|
6. |
Institut Pengajian Islam (INSPI) Kampus Binjai, 24000 Kemaman, Terengganu. |
Tel: 09-850 3560 |
|
7. |
Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Peti Surat 2867, Telaga Air 93050 Kuching Sarawak. |
Tel: 082-843 477 / 082-843 475 Faks: 082-843 440 |
https://www.facebook.com/ikmassarawak/?ref=br_rs emel: ikmas@islam.gov.my |
8. |
Kolej Al-Quran Sayyidina Ali, 75450 Bukit Katil, Melaka. |
Tel :06-231 4240 / 06-231 7725 Faks : 06-231 1587 |
emel: kaqsamelaka@gmail.com |
9. |
Institut Al Quran Darul Aman (IQDAR) Lebuhraya Sultanah Bahiyah 05350 Alor Setar, Kedah. |
Tel: 04-7327015 04-7327017 |
|
10. |
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin-4, Kampung Jalan Kachu, 35000 Tapah, Perak. |
Tel / Faks office: 05-4018 199 |
http://www.maahadtahfizaddin.edu.my/diploma emel: mtq4tapah@gmail.com
|
JADUAL PERGERAKAN
PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BARU
PROGRAM DIPLOMA
TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT
DARUL QURAN JAKIM
SESI 2021/2024
___________________________________________________________________
BIL. | PROGRAM / AKTIVITI | TARIKH |
1 | Iklan Kemasukan Pelajar Baharu | 22 Februari 2021 |
2 | Permohonan Online bermula. | 22 Mac 2021 |
3 | Tarikh Tutup Permohonan |
4 April 2021 |
4 | Semakan Layak Temuduga (Online) | 30 April 2021 |
5 | Proses Temuduga* | 24 Mei - 4 Jun 2021 |
6 | Proses Penghantaran Keputusan SPM 2020* | 22 - 24 Jun 2021 |
7 | Semakan Keputusan Temuduga (Online) | 1 Julai 2021 |
8 | Surat Tawaran Dikeluarkan (Online) | |
9 |
Permohonan Rayuan |
|
10 | Tarikh Akhir Pengesahan Penerimaan Tawaran (Online) | 8 Julai 2021 |
11 | Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma | 5 Julai 2021 |
12 | Keputusan Rayuan ( Online ) |
9 Julai 2021 |
* Tertakluk kepada pindaan
SYARAT KELAYAKAN BIASISWA YAYASAN PAHANG
- 1.0 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BIASISWA YAYASAN PAHANG
1. Pemohon hendaklah anak negeri Pahang seperti takrifan berikut; Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang.
2. Lulus dalam sesi temuduga.
3. Pendapatan isi rumah RM8,000.00 kebawah.
4. Yuran bulanan RM300 dikenakan bagi pendapatan isi rumah RM8,001.00 hingga RM20,000.00
5. Sekiranya pendapatan isi rumah RM20,001.00 ke atas, sila rujuk perkara 2.0 (Tajaan Sendiri)
- 2.0 SYARAT-SYARAT TAJAAN SENDIRI
1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia.
2. Yuran bulanan RM1500.00 dikenakan bagi pendapatan isi rumah RM20,001.00 ke atas.
- Category: Artikel Terkini
- Category: Artikel Terkini
WHISTLEBLOWING
POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan Tadbir Urus Korporat, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah mewujudkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Policy) bagi memudahkan warga MTNP atau orang awam melaporkan pelanggaran tatakelakuan atau integriti seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan yang serius dan salahguna kuasa seseorang yang dilantik dalam MTNP atau Anak Syarikat MTNP dengan lebih berkesan. (Rujuk Akta 711 Akta Perlindungan Pemberi maklumat 2010).
IDENTITI PENGADU DILINDUNGI
Mana-mana individu yang mahu melaporkan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti akan dilindungi oleh Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat.
Di bawah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat ini, laporan boleh dibuat terhadap mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan MTNP, sekiranya disyaki melakukan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti. Sebarang kes salah laku atau pelanggaran integriti yang dilaporkan akan disiasat menurut prosedur dan undang-undang yang berkaitan.
Maklumat pengadu akan dilindungi / dirahsiakan dari mana-mana pihak. Pengadu juga akan dilindungi dari apa-apa tindakbalas oleh orang yang diadu.
Jika tidak menggunakan polisi yang ditetapkan, pengadu bolehlah membuat aduan terus ke SPRM.
KAEDAH MEMBUAT LAPORAN
Emel : whistleblowing@tahfizpahang.edu.my
Hotline WhistleBlowing : +609 - 534 3333 ext 107
Surat : Sebarang surat atau aduan boleh diajukan ke alamat :
Unit Pemantauan Strategi Dan Jaminan Kualiti Maahad Tahfiz Negeri Pahang,
Kampus Maahad Tahfiz Negeri Pahang
Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur. Malaysia
Pihak MTNP mengalu-aukan aduan tanpa nama (anonymous)
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
Untuk membolehkan siasatan dilakukan dengan cekap dan berkesan, maklumat yang perlu disertakan adalah:
- Nama pengadu, nombor telefon, alamat surat-menyurat dan e-mel;
- Nama, nombor telefon dan alamat surat-menyurat mana-mana pihak yang disebut di dalam aduan.
- Butiran khusus mengenai bagaimana, mengapa dan bila perkara yang diadukan itu berlaku; dan
- Bukti atau maklumat saksi yang boleh membantu siasatan.
Kriteria utama pelaporan adalah maklumat yang benar berasaskan bukti dan tidak melibatkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.
- Category: Artikel Terkini
Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Maal Hijrah, Hari Malaysia & Hari Kemerdekaan Peringkat MTNP bagi tahun 2020.
Program dimulai dengan pengisian bersama Ustaz Jasrifuddin Bin Puteh dengan tajuk "Ulama & Perjuangan Kemerdekaan : Suatu Ibrah" bertempat di Dewan Auditorium MTNP dan dalam masa yang sama bertempat di Masjid MTNP berlangsung acara memasak Bubur Asyura dan Bubur Lambuk untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar, kakitangan dan edaran kepada jemaah yang hadir Solat Jumaat bersama pelajar Diploma Tahfiz.
Seterusnya sesi pemarkahan booth yang mempamerkan budaya negara yang pernah menjajah Malaysia iaitu British, Portugis, Jepun dan Belanda. Booth ini disediakan oleh pelajar mengikut rumah sukan dan kreativiti masing-masing yang melibatkam pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Sesi petang pula Majlis Perasmian Penutupan dimulai dengan persembahan teater kemerdekaan dan diikuti penyampaian hadiah Sistem Rumah dan diakhiri dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang.
Untuk pengetahuan, semua program ini diatur dan diuruskan oleh pelajar-pelajar manakala guru-guru hanya memantau dan memberi nasihat bagi melancarkan program. Ini bertujuan melatih para pelajar dengn ilmu kepimpinan dan untuk menguruskan sesebuah program di samping mengasah bakat pelajar melalui pertandingan-pertandingan yang disediakan.
Berminat untuk menghantar anak ke MTNP Tingkatan Satu 2021? Baca info di sini :
https://www.facebook.com/245416595541768/posts/3218918598191538/
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/nzlnm2
#kemerdekaan#harimalaysia#maalhijrah
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
- Category: Artikel Terkini
Announcements
Implementation of eComplaint System
Use eComplaint system will be implemented for any complaints / suggestions to the user whether the staff , students and parents. Any complaints / suggestions should be submitted through e-Complaint which can be accessed on the MTNP Portal.
Survey Form of ICT Knowledge Level
The survey is being conducted to evaluate and obtain relevant analyst level of ICT knowledge among students and staff. Accordingly, it is expected that the cooperation of all to completed questionnaires on-line :
Survey Form (Students)
Survey Form (Staff)