Alhamdulillah, petang ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan MTNP 2020 yang telah disempurnakan oleh KPL. Rohani Binti Abdul Majid, Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM - MTNP. Turut hadir bersama ialah KPL. Muhamad Firdaus Bin Ahmad Idris.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/yqutcn
#mppMTNP
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
- Category: Artikel Terkini
MTNP Ke Arah Pensijilan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System-ABMS (Sistem Pengurusan Anti-Rasuah).
System yang dikeluarkan oleh ISO bertujuan sebagai panduan dalam membantu sesebuah organisasi melaksanakan sistem pengurusan anti-rasuah yang lebih sistematik dan berkesan.
Majlis pelancaran ABMS peringkat kumpulan Yayasan Pahang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang Dato' Hj Mahmud Mohd Nawawi pada 7 Februari 2020 yang lalu akan dilaksanakan dan digunapakai di kesemua anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang pada tahun 2020.
Antara manfaat ABMS adalah meningkatkan kesedaran di peringkat dalaman dan luaran dalam menegakkan integriti, memberi keyakinan orang awam dan persepsi yang lebih baik, menubuhkan budaya integriti, meningkatkan moral pekerja dan memastikan ketelusan dalam pentadbiran. Kami sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam mempertingkatkan integriti dan tadbir urus yang telus.
Semoga usaha ini dipermudahkan.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/dk5zjz
#antirasuah#isoABMS
#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
- Category: Artikel Terkini
Alhamdulillah, petang ini telah berlangsung Taklimat Influenza yang disampaikan oleh Puan Siti Suhaili Binti Suradi; Pegawai Perubatan & Kesihatan, bahagian Unit Kesihatan Sekolah.
Program anjuran Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa dan Guru (MPIBG) MTNP ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan Influenza, cara ia merebak dan cara mengelak dari ia terus merebak.
Mari kita memohon kepada Allah SAW agar terlindung daripada penyakit berkenaan dan penyakit seumpamanya.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/tjn32i
#influenza
#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
- Category: Artikel Terkini
Alhamdulillah, pagi ini MTNP telah menerima kunjungan daripada Unit Pemulihan Penjara Penor dalam rangka lawatan sambil belajar ke MTNP.
Rombongan yang diketuai oleh KIP Rosmizi bin Mohamed @ AB Aziz; Pegawai Unit Pemulihan Penjara Penor bersama 10 orang Pegawai Penjara dan Pegawai Kader JAKIM bertujuan memberi pendedahan berkenaan sistem pengajaran bermodul dari MTNP untuk diguna pakai di program Tahfiz Baitul Hikmah di Jabatan Penjara Malaysia.
Rombongan juga dibawa melihat sesi hafazan yang berlangsung di Masjid MTNP dan juga sesi 'How to Survive' pelajar tingkatan 1 di Dewan Auditorium MTNP..
Semoga dengan kerjasama ini mempereratkan lagi hubungan sediaada antara MTNP dan Penjara Penor.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/xlts0i
#demiAlqurandidada
#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
- Category: Artikel Terkini
Announcements
Implementation of eComplaint System
Use eComplaint system will be implemented for any complaints / suggestions to the user whether the staff , students and parents. Any complaints / suggestions should be submitted through e-Complaint which can be accessed on the MTNP Portal.
Survey Form of ICT Knowledge Level
The survey is being conducted to evaluate and obtain relevant analyst level of ICT knowledge among students and staff. Accordingly, it is expected that the cooperation of all to completed questionnaires on-line :
Survey Form (Students)
Survey Form (Staff)