Diploma Tahfiz Al-Quran
![]() |
![]() |
![]() |
|||
Program Diploma Tahfiz al-Quran merupakan peluan pengajian bagi pelajar-pelajar lepasan SPM. Ianya merupakan program tradisi MTNP yang telah dijalankan sejak penubuhannya iaitu pada tahun 1996. Program ini dijalankan secara usaha sama dengan pihak Darul Quran, JAKIM dan para pelajar mengikuti pengajian di MTNP selama enam semester (3 tahun).
Diploma dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pelajar lepasan Diploma boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah di UM, UIAM, UPSI, UKM, USIM dan Universiti al-Azhar, Mesir.
|
|||||