Whistleblowing

polisi perlindungan pemberi maklumat

Whistleblowing

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan Tadbir Urus Korporat, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah mewujudkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Policy) bagi memudahkan warga MTNP atau orang awam melaporkan pelanggaran tatakelakuan atau integriti seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan yang serius dan salahguna kuasa seseorang yang dilantik dalam MTNP atau anak syarikat MTNP dengan lebih berkesan. (Rujuk Akta 711 Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010).

identiti pengadu dilindungi

Mana-mana individu yang mahu melaporkan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti akan dilindungi oleh Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat. Di bawah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat ini, laporan boleh dibuat terhadap mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan MTNP, sekiranya disyaki melakukan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti. Sebarang kes salah laku atau pelanggaran integriti yang dilaporkan akan disiasat menurut prosedur dan undang-undang yang berkaitan. Maklumat pengadu akan dilindungi/dirahsiakan dari mana-mana pihak. Pengadu juga akan dilindungi dari apa-apa tindakbalas oleh orang yang diadu. Jika tidak menggunakan polisi yang ditetapkan, pengadu bolehlah membuat aduan terus ke SPRM. 

kaedah membuat laporan

Emel                                : whistleblowing@tahfizpahang.edu.my

Hotline Whistleblowing : 09-534 3333 ext 107

Mailing Address             : Unit Pemantauan Strategi Dan Jaminan Kualiti Maahad Tahfiz Negeri Pahang,

                                          Kampus Maahad Tahfiz Negeri Pahang,

                                          Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,

                                          Pahang Darul Makmur, Malaysia.

MTNP mengalu-alukan aduan tanpa nama (anonymous).

maklumat yang diperlukan

Untuk membolehkan siasatan dilakukan dengan cekap dan berkesan, maklumat yang perlu disediakan adalah:

  1. Nama pengadu, nombor telefon, alamat surat-menyurat dan emel.
  2. Nama, nombor telefon, dan alamat surat-menyurat mana-mana pihak yang disebut di dalam aduan.
  3. Butiran khusus mengenai bagaimana, mengapa, dan bila perkara yang diadukan itu berlaku dan;
  4. Bukti atau maklumat saksi yang boleh membantu siasatan.

Kriteria utama pelaporan adalah maklumat yang benar berasaskan bukti dan tidak melibatkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.

Scroll to Top