Hari Pelaporan Peperiksaan Semester 1

Alhamdulillah. telah berlangsung Hari Pelaporan Peperiksaan Semester 1 bagi Tingkatan 5 sesi 2024. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn. Bhd. (TPSB), Tuan Haji Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz disusuli dengan pelaporan.

Uniknya di MTNP, pelaporan pelajar dibuat secara terus dengan guru subjek. Maka, ibubapa akan dapat terus mengetahui perkembangan pelajar dari segi Akademik, hafazan dan Hala tuju pelajar.

Semoga usaha ini dapat memberikan suntikan baru buat pelajar untuk terus fokus dalam Peperiksaan Percubaan dan SPM 2024.

Scroll to Top