Kunjungan Daripada Delegasi SM Imtiaz

Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah menerima kunjungan daripada delegasi SM Imtiaz yang diketuai oleh Yang Berbahagia Tan Sri Idris Bin Jusoh, Pelopor dan Pengasas Imtiaz.


Delegasi lawatan tersebut melibatkan pengetua dan pentadbir dari 3 buah SM Imtiaz iaitu, SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Banting dan SM Imtiaz Melaka.


Majlis juga diserikan dengan kehadiran Yang Hormat Dato’ Indera Mahmud Bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang merangkap Pengarah Urusan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Yang Hormat Dato’ Dr Hj Zulkifle Bin Haji Ali Al Hafiz, Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada pemerkasaan modal insan yang cemerlang pada masa akan datang.

Scroll to Top