Selesai urusan di ibu pejabat MARA, delegasi MTNP kemudiannya ke Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.
Kunjungan kami disambut oleh Pengarah Bahagian Matrikulasi sendiri, Tuan Haji Mohd Kassim bin Haji Jaafar dan pegawai-pegawai kanan Matrikulasi KPM.
Alhamdulillah, hasil perbincangan merumuskan beberapa persetujuan dasar kolaborasi antara MTNP dan Bahagian Matrikulasi KPM khususnya berkaitan laluan pengajian pelajar MTNP ke luar negara.