Alhamdulillah, hari ini MTNP telah membuat lawatan penanda aras ke Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR), Taiping, Perak. Delegasi dari MTNP telah diketuai oleh Tuan Haji Mohd Lafzul Bin Muda Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif TPSB.
Lawatan ini telah disambut baik oleh YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, rektor IKDAR. Turut hadir bersama dalam lawatan ini, YBrs. Tuan Haji Mohd Sabri Bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al-Quran ADDIN Perak selaku penasihat teknikal bagi program tahfiz IKDAR.
Lawatan membincangkan beberapa perkara berkaitan pelaksanaan Diploma Kemahiran Malaysia yang telah dilaksanakan di IKDAR.
Semoga kerjasama ini terus diperkukuhkan dan erat pada masa akan datang.