Majlis Anugerah Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS)

2 Mei 2024 – Telah berlangsung Majlis Anugerah Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) Kementerian Pendidikan Malaysia bertempat di Kompleks Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.


Alhamdulillah, MTNP telah dianugerahkan penarafan 5 bintang dalam majlis berkenaan. Hanya 2 institusi layak diberikan penarafan 5 bintang pada tahun ini iaitu MTNP dan SM Hidayah Johor Bharu.


Setinggi tahniah buat semua warga kerja MTNP yang telah berusaha dan bekerja dengan sepenuh hati selama ini. Ini hadiah Hari Pekerja penuh bermakna buat semua.


Sekalung penghargaan juga buat para pemegang taruh termasuklah Pengerusi dan ahli lembaga pengarah, Yayasan Pahang, para ibu bapa, pelajar-pelajar serta tidak dilupakan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Scroll to Top