12 Ogos 2024 – Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 yang disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Lafzul bin Muda, Ketua Pegawai Eksekutif, Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
Program Sambutan Bulan Kebangsaan ini dianjurkan oleh Perpustakaan MTNP dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang, Perpustakaan Negara Malaysia dan Muzium Seni Kontemporari (MOCA) yang diadakan bermula pada hari ini 12 Ogos hingga 16 September 2024.
Pelbagai acara dan pameran disediakan sepanjang berlangsungnya sambutan.