Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu Program Diploma

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM di Maahad Tahfiz Negeri Pahang Sesi 2024/2027.


Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Tuan Haji Abdul Razak bin Abu Musa Shaari, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang.


Program dimulakan dengan Minggu Haluan Siswa. Ia bermula pada 24 hingga 28 Jun 2024. Program tersebut akan memberi pendedahan kepada pelajar baharu tentang organisasi serta suasana MTNP.


Semua pelajar Diploma Tahfiz akan memulakan pengajian pada 1 Julai 2024. Semoga Allah permudahkan urusan pembelajaran pelajar-pelajar sekalian.

Scroll to Top