Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1446H / 2024M di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan telah berakhir dengan jayanya.


Perjalanan sejauh 2.1km dari Taman Gelora ke Dewan Jubli Perak dengan penyertaan Kontinjen MTNP sejumlah 39 orang bersama-sama dengan kontinjen yang lain dari pelbagai Institusi Pendidikan, Masjid dan Badan-badan Berkanun yang sejumlah 31 pasukan.


“Sambutan Maulidur Rasul ini bukan hanya sekadar memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, tetapi juga untuk kita mencontohi keperibadian mulia serta memperkukuh ukhuwah dalam masyarakat. Semoga kita terus beristiqamah dalam meneladani Baginda Rasullah SAW dan bersama-sama membina sebuah negara yang lebih aman, makmur dan sejahtera. Insya-Allah.” – Menteri Besar Pahang


“Al-Falah Mendorong Madani Malaysia”

Scroll to Top