7 Jun 2024 | Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui penyelarasan Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa (JHEAA) yang dianjurkan oleh Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, UMPSA mengadakan Majlis Syarahan Umum Professor bertempat di Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang.
Majlis Syarahan Umum Professor ini disampaikan oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Zularisam Ab Wahid yang bertajuk “Rawatan Air Menggunakan Teknologi Mampan Membran”.
Majlis Syarahan umum ini adalah untuk berkongsi hasil penyelidikan dalam pembangunan kelestarian negara serta bidang lain yang berkaitan dan memperkenalkan ketokohan Profesor disamping perkongsian ilmu ke arah melahirkan lebih ramai cendekiawan bagi menyemarakan lagi dunia akademia negara.
Majlis Syarahan Umum dimeriahkan dengan kehadiran pelajar dari Sekolah Kebangsaan Gambang, Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).