Mesyuarat (Khas) Ahli Lembaga Pengarah Tahfiz Pahang Sdn. Bhd. (TPSB) yang dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang telah selesai bersidang hari ini di Kuala Lumpur.
Mesyuarat yang diadakan setiap 3 bulan ini bertujuan mengetahui serta melaporkan prestasi syarikat dari segi kewangan, pencapaian, penambahbaikan dan lain-lain.