Mesyuarat Pelarasan Halatuju Pelajar

Alhamdulillah, Tuan Haji Mohd Lafzul Bin Muda Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif TPSB telah mempengerusikan Mesyuarat Pelarasan Halatuju Pelajar Maahad Tahfiz Ar-Rushd di Kampung Tanjung Gahai, Lipis bersama Pengerusi Jemaah Pengurus Tn Haji Abu Bakar bin Ismail, pengetua dan guru-guru Maahad Tahfiz Ar-Rushd.


Di samping itu mesyuarat juga turut berbincang berkaitan laporan prestasi hafazan dan akademik terkini para pelajar serta cadangan aliran pengajian bagi pelajar Tingkatan 4 Maahad Tahfiz Ar-Rushd.


Semoga dengan usaha yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan prestasi anak anak pelajar di Maahad Tahfiz Ar-Rushd.


Maahad Tahfiz Ar-Rushd merupakan Maahad Tahfiz di bawah seliaan MTNP.

Scroll to Top