7 Mac 2017. Selasa. Alhamdulillah, hari ini kami menerima Kunjungan Hormat daripada ahli jawatankuasa Persatuan Pengajian Al-Quran Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan Pahang (PENGAMAN) dan Tenaga Pembimbing Klinik Al-Quran PENGAMAN @ UTC Pahang dalam rangka lawatan sambil belajar ke MTNP bagi mengetahui kaedah-kaedah dan teknik penghafazan Al-Quran serta bertukar-tukar pendapat bagi memajukan kualiti hafazan. Lawatan ini di ketuai oleh YH Dato' Ir. Haji Ismail bin Haji Mat Noor selaku Yang Dipertua PENGAMAN bersama 18 orang ahli yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa PENGAMAN dan Tenaga Pembimbing. Semoga dengan lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara MTNP dan PENGAMAN seterusnya memartabatkan lagi Al-quran dimata dunia.
.
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran
.
https://tahfizpahang.edu.my/my/terkini-di-mtnp?start=120#sigFreeId6ae1aec11f
Bermula 13 hingga 16 Disember 2016, telah berlangsung Program Simulasi Pengambilan Pelajar Baru Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2017 - 2021 .
https://tahfizpahang.edu.my/my/terkini-di-mtnp?start=120#sigFreeId8418863755
27 Februari 2017. Majlis Penutup Minggu Orientasi Pelajar Baharu Tingkatan 1 2017 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Auditorium MTNP.
Seramai 56 pelajar Tingkatan 1 2017 telah berjaya mengharungi pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Program Minggu Orientasi pelajar TIngkatan 1 2017 ini merupakan kali pertama julung kalinya diadakan yang mengambil masa selama 6 minggu bermula 17 Januari sehingga 27 Februari 2017.
Seramai 9 orang Fasilitator terpilih telah bersama-sama membantu dalam menjayakan program untuk mencapai objektif yang dirancang. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Airulamri bin Amran, Pengurus Kanan Bahagian Operasi Yayasan Pahang.
Antara objektif program adalah untuk membantu pelajar-pelajar ini menyesuaikan diri menjalani kehidupan sebagai pelajar Maahad dan membantu menyesuaikan diri dalam mengurus diri bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
https://tahfizpahang.edu.my/my/terkini-di-mtnp?start=120#sigFreeId1a0c41b66e
Pada 1 dan 2 Disember 2016. Telah berlangsung sesi temuduga bagi pengambilan pelajar baru tingkatan 1 untuk sesi persekolahan 2017 - 2021.
kepada calon yang berjaya pada sesi temuduga ini, mereka akan dipanggil untuk program simulasi yang akan diadakan pada 13 hingga 16 Disember nanti.
https://tahfizpahang.edu.my/my/terkini-di-mtnp?start=120#sigFreeId1b24b3d1cd
Telah berlangsung Majlis Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan MTNP yang telah disempurnakan oleh Ybhg Brig. Jeneral Dato' Hj. Yazid b. Hj. Arshad, Komander Pangkalan TUDM bertempat di Dewan Mahkota MTNP. #mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
https://tahfizpahang.edu.my/my/terkini-di-mtnp?start=120#sigFreeId16ca7df5b3
15-16 November 2016, MTNP telah menghantar tiga kumpulan ke Pertandingan Rekacipta dan Inovasi dalam singkatan PERINTIS dengan membawa tiga projek iaitu 'Mars to Earth', 'One Tap Secure' dan 'Duo Honey Jelly'. Pertandingan tersebut telah diadakan di Universiti Tenaga Nasional, Putrajaya. Seramai 11 orang pelajar terlibat termasuk 2 guru pengiring.
Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional yang bertempat di Dewan Seri Sarjana, Kampus Putrajaya dan dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie iaitu Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori sekolah dan kategori universiti dimana tiga Anugerah Utama (Emas, Perak dan Gangsa) dan lapan Anugerah Khas (‘TNB Special Award’, ‘UNITEN Special Award’, ‘PERINTIS Most Promising Invention Award’, ‘PERINTIS Best Young Inventor Award’, ‘PERINTIS Best Commercial Potential Award’, ‘ZHL Group Environmental Award’, ‘PERINTIS Best of the Best Award’ dan ‘Minds Special Award’) telah ditawarkan. Sebanyak 170 kumpulan telah melibatkan diri dalam pertandingan ini dengan 30 buah sekolah rendah, menengah dan kolej bertanding dalam kategori sekolah.
Alhamdulillah dengan doa dan berkat dari Allah S.W.T, MTNP telah merangkul dua Emas dan satu Perak serta kumpulan yang membawa projek ‘One Tap Secure’ telah dinobatkan anugerah ‘PERINTIS Best of the Best’ manakala kumpulan ‘Duo Honey Jelly’ pula telah dinobatkan anugerah ‘PERINTIS Most Promising Invention’.
Jadual Berikut adalah ringkasa anugerah yang dimenangi oleh setiap kumpulan yang telah dihantar oleh MTNP.
KUMPULAN | ANUGERAH UTAMA | ANUGERAH KHAS |
‘One Tap Secure’ | ||
|
Emas | ‘PERINTIS Best of the Best’ |
‘Duo Honey Jelly’ | ||
|
Emas | ‘PERINTIS Most Promising Invention’ |
‘Mars To Earth’ | ||
|
Perak | - |
https://tahfizpahang.edu.my/my/terkini-di-mtnp?start=120#sigFreeIdb6f54e527f
Jumaat. 17 Februari 2017, Telah berlangsung Majlis Anugerah Sistem Rumah dan Makan Beradab Maahad Tahfiz Negeri Pahang bertempat di Dewan Mahkota MTNP yang dirasmikan oleh Pengurus Besar Yayasan Pahang; YH Dato' Hj. Mahmud B. Mohd Nawawi
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran
https://tahfizpahang.edu.my/my/terkini-di-mtnp?start=120#sigFreeId7721447f02
Selasa. 4 Oktober 2016. Pagi ini MTNP telah menerima rombongan daripada Pegawai Yayasan Islam Kelantan dan Pengetua-Pengetua Tahfiz Kelantan
Mesyuarat Kali pertama MPIBG atau nama penuhnya Majlis Permuafakatan Ibu Bapa MTNP telah berlangsung bertempat
di Bilik Mesyuarat MTNP. Ia turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi MTNP dan dipengerusikan oleh YH Dato CEO.
Mesyuarat bertujuan berbincang tentang fungsi dan peranan yang boleh dimainkan oleh para ibu bapa kearah kecemerlangan
MTNP disamping membentuk jawatankuasa penaja kepada MPIBG MTNP.
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran
https://tahfizpahang.edu.my/my/terkini-di-mtnp?start=120#sigFreeId2fae9f41d3
3 Oktober 2016. Isnin. Telah berlangsung Program Bersama Ibu Bapa calon SPM 2016. Program yang bermula dengan Solat Hajat Perdana, kemudian disusuli Pelaporan Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2016 dan diakhiri dengan slot 'Parenting'
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran
Jumaat, 17 Januari 2017. Telah berlangsung perjumpaan bersama Pengurus Besar Yayasan Pahang; YH Dato' Hj. Mahmud B. Mohd Nawawi dengan semua kakitangan Maahad Tahfiz Negeri Pahang
https://tahfizpahang.edu.my/my/terkini-di-mtnp?start=120#sigFreeId95abd6b3ca
27 September 2016, Selasa.MTNP telah menerima lawatan dari Sek. Men. Agama Sains Kuala Pilah (SMASKP), Negeri Sembilan. Seramai 35 orang pelajar dan 5 orang guru telah menyertai rombongan ini yang mana antara tujuannya ialah untuk melihat program dan aktiviti harian pelajar huffaz di MTNP. Di samping itu, lawatan ini juga diharapkan dapat berkongsi pengalaman dan meluaskan maklumat dalam meningkatkan Pendidikan Islam dan juga hafalan al-Quran.
Ketibaan anggota rombongan disambut oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) MTNP
Taklimat dan sesi pertanyaan di adakan di dewan auditorium MTNP
Sesi penyampaian cenderahati oleh Ustaz Lafzul kepada ketua rombongan, Ustaz Wan Roslan
Sesi jamuan makan bersama anggota rombongan
Sesi bergambar kenangan di perpustakaan
Sesi bergambar kenangan di persekitaran MTNP
Sesi bergambar kenangan bersama CEO MTNP, Dato' Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz
Khamis, 19 November 2017. Kerjasama antara MTNP dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran dalam memantapkan lagi guru-guru di MTNP bagi mencapai kecemerlangan yang diharapakan. Sehubungan dengan itu, seramai 5 orang pegawai PPD Maran telah menjalankan penaziran terhadap guru-guru bagi meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas. Ianya melibatkan keseluruhan guru yang mengajar subjek teras dan setiap guru ini dipantau dan dinilai cara pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Program ini berlangsung hampir separuh hari dengan setiap guru yang dinilai di beri teguran dan penambahbaikan dalam memberikan dan menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan lebih mantap selaras ke arah pembelajaran abad 21 (PA21). Program ini juga turut melibatkan pihak pengurusan yang sentiasa peka dalam pembangunan sumber manusia di dalam MTNP selaras ke arah kecemerlangan dan menjadi institusi yang terbaik di Malaysia.
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran
https://tahfizpahang.edu.my/my/terkini-di-mtnp?start=120#sigFreeId018c3365a5
24 September 2016. Sabtu. Program Dirayah bersama Dato' Dr Danial Zainal Abidin dengan tajuk "Cemerlang bersama al Quran".
Antara isi penting yg ditekankan oleh Dato Dr ialah pentingnya beramal dengan isi kandungan al Quran.
Al Quran bukan sekadar untuk dibaca dan dihafaz, bahkan untuk diamalkan.
Kecemerlangan hakiki yang ditekankan ialah cemerlang pada pandangan Allah swt yg disebutkan di dalam surah ali Imran ayat 185
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran
Selasa. 17 November 2017. Alhamdulillah, telah berlangsung pendaftaran warga baru MTNP seramai 55 orang pelajar yang terdiri daripada 29 orang lelaki dan 24 orang perempuan,Program telah berlangsung di dewan auditorium MTNP yang turut dihadiri oleh ibu bapa yang melibatkan penerangan berkaitan asrama dan peraturan-peraturan MTNP.
Program bermula dengan pendaftaran dan taklimat ringkas dari Pengurus Kanan Bahagian Operasi Yayasan Pahang dan seterusnya ucapan dari YH Dato' CEO MTNP, disertakan juga adalah gimik akad penyerahan dari wakil ibu bapa dan diikuti dengan ikrar dari pelajar-pelajar baru kepada pihak Pengurusan Tertinggi MTNP .
Apa yang lebih membanggakan bagi kedua ibu bapa melainkan melihat kejayaan anak-anak mereka, jadi sama-sama kita doakan semoga anak-anak ini berjaya menjadi pemelihara Al-Quran suatu hari nanti seterusnya memartabatkan Al-quran dimata dunia.
https://tahfizpahang.edu.my/my/terkini-di-mtnp?start=120#sigFreeId46031c2f77