Pagi ini kami telah dilawati daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Permatang Badak dalam rangka Lawatan Sambil Belajar Ke Kelas Huffaz MTNP, lawatan yang disertai oleh 15 orang murid dan 3 orang guru pengiring itu bertujuan untuk memberi peluang kepada murid melihat sendiri perjalanan kelas huffaz dilaksanakan, di samping itu dapat mengetahui kaedah-kaedah yang mudah untuk menghafaz al-Quran seterusnya menjadi huffaz yang berjaya dalam bidang akademik dan Dinniyah.
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
Bermula dari 11-14 Ogos 2016m Seramai 9 orang pelajar telah bertanding ke Pertandingan MUSLEH International Students Debating Championship 2016 kali ke-8 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Sebanyak 3 kategori penyertaan telah dihantr dalam pertandingan tersebut yang terdiri daipada kategori bahasa arab, kategori bahasa inggeris dan kategori bahasa melayu.
Berikut adalah keputusan dan pencapaian di dalam pertandingan yang disertai :
1. Kategori Debat Bahasa Arab : Johan Pusingan Akhir
2. Kategori Debat Bahasa Inggeris : Tempat ke 9 dari 34 pasukan bertanding
3. Kategori Debat Bahasa Melayu : Tempat ke 12 daripada 36 pasukan bertanding
4. Muhammad Aliff Furqan b Abdul Ghani
Pendebat Terbaik Pusingan Akhir Kategori Debat Bahasa Arab
Pendebat Terbaik Keseluruhan Kategori Debat Bahasa Arab
5. Nilia Nur bt Mohd Ramlan
Pendebat Terbaik Keseluruhan Kategori Debat Bahasa Arab
6. Ana Natasha bt Haris Ariffin
Pencapaian tempat ke-16 Pendebat Terbaik daripada 106 peserta
7. Nur Qashirah bt Heromizan Yusoff
Pencapaian tempat ke-25 Pendebat Terbaik daripada 108 peserta
Koleksi gambar sepanjang pertandingan MUSLEH
|
|
Penyampaian hadiah Juara disempurnakan oleh Hj Abdul Halim Ismail, Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia | |
|
|
Bersama pemenang tempat kedua, Madrasah Al Junied Islamiah, Singapura |
![]() |
![]() |
|||
Sesi fotografi kontijen pada hari pendaftaran | Sesi fotografi pada majlis penutup | |||
![]() |
![]() |
|||
Sesi hujah dengan pihak lawan | Penuh bersemangat dalam menyampaikan isi debat | |||
![]() |
![]() |
|||
Dinobatkan pendebat terbaik kategori bahasa arab | Bergambar kenangan selepas pertandingan | |||
![]() |
![]() |
|||
Penyampaian yang mantap di tunjukkan oleh para pendebat | Sesi post mortem bagi mendapatkan persembahan yang terbaik | |||
![]() |
![]() |
|||
Sesi penghujahan kepada pihak lawan | Bersama-sama bekerjasama dalam memberi yang terbaik |
Keputusan Penuh Kategori Debat Bahasa Arab
Keputusan Penuh Kategori Debat Bahasa Inggeris
Keputusan Penuh Kategori Debat Bahasa Melayu
Institut Debat & Pidato (MIDP) dengan bangganya mengumumkan satu kerjasama dengan Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai hak asasi manusia (AICHR) dan Universiti Malaya telah dipilih untuk menganjurkan Belia Debat AICHR dari 22-23 September 2016. Tahun ini merupakan edisi ketiga perbahasan belia mengenai hak asasi manusia yang dianjurkan oleh AICHR dengan yang pertama dianjurkan oleh Filipina pada tahun 2013 dan diikuti oleh Singapura pada tahun 2015.
Objektif utama Debat AICHR 2016 adalah untuk meningkatkan kesedaran dan meningkatkan kefahaman dan minat di kalangan belia ASEAN mengenai hak asasi manusia ASEAN Deklarasi (AHRD) dan pertalian kepada agenda global baru pada "Transforming Our World : The 2030 Agenda for Sustainable Development Goals (SDGs)".
MIDP ditugaskan untuk menjalankan proses pemilihan bagi memilih 3 wakil-wakil belia Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan antara wakil yang mendapat tempat di dalam pemilihan ini adalah alumni MTNP Sofeana Mohd Farid.
MTNP telah menerima kunjungan daripada Sheikh Abdul Rahman Bin Muhammad Alharfi, Attache Agama, Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
IYIA 2016 merupakan satu pertandingan yang menyediakan peluang kepada saintis-saintis muda untuk berkongsi idea-idea kreatif. Di samping itu,pertandingan ini juga memberi pendedahan kepada para peserta tentang inovasi dan kemajuan teknologi dalam pelbagai sektor yang menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini disertai lebih daripada 170 pasukan dari 9 buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam, Sri Lanka, Jordan, Mesir, Korea Selatan dan Krotia.
MTNP menyertai pertandingan ini dengan membawa satu produk inovasi yang diberi nama "Duo Hoeny Jelly".Pertandingan ini diadakan di Surabaya Convention Centre, Surabaya, Indonesia. Produk ini merupakan gabungan madu-madu tempatan yang menghasilkan paras anti-oksidan yang lebih tinggi berbanding madu asal.
Seramai 3 orang pelajar MTNP telah terpilih untuk menyertai pertandingan inovasi di peringkat antarabangsa iaitu :-
1. Muhammah Alif Furqan bin Abdul Ghani
2. Muhammad Afiq Iqmal bin Mohd Yusof
3. Sofia Balqis binti Moha Faisal
Tahniah kepada Wakil Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang telah berjaya membawa pulang pingat emas untuk Malaysia dalam pertandingan International Young Inventors Award (IYIA) 2016 anjuran International Invention & Innovation Promotion Association (Innopa) yang berlangsung 5-8 September baru-baru ini di Surabaya, Indonesia.
MTNP di dada akhbar
Lawatan dari Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQANS) dalam rangka lawatan penanda aras ke MTNP
Telah berlangsung Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan & Khatam Hafazan Al-Quran MTNP 2016 disempurnakan oleh KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG
Pagi ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat MTNP bagi tahun 2016 yang telah dirasmikan oleh YH Dato' CEO MTNP, Dato' Hj. Zulkifle b. Hj. Ali Al-Hafiz.
Objektif pelancaran bulan kemerdekaan ini ialah bagi Menanam sikap sayang dan cinta kepada Institusi dan Negara, Memupuk dan memperkukuh semangat setia Negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada Institusi dan Negara, Menanam rasa bangga dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan Negara, Menyemai rasa syukur dan menghayati kemerdekaan negara dan Menanam rasa hormat dan menghargai warga emas sebagai warga pembangunan Negara.
Antara aktiviti yang diadakan pagi ini ialah Pertandingan deklamasi sajak, manakala Pertandingan koir lagu Patriotik, Pentomin Hari Kemerdekaan dan Jamuan Sistem Rumah akan diadakan pada 2 September 2016.
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
#merdeka59
30 Jun 2016, bertempat di Bilik Bahasa MTNP, telah berlangsung Seminar Teknik Menghafaz Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Kamal Yusof Ar-Rantawi
yang dihadiri oleh semua Guru Tasmi' Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran https://www.facebook.com/tahfizpahang.edu.my/
Pagi ini kami diceriakan dengan kehadiran pelajar-pelajar comel tahun 1 Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Zulkifli Mohamad (SRITIZM) Indera Mahkota Kuantan dalam rangka lawatan sambil belajar ke MTNP.
Rombongan yang disertai 28 orang murid lelaki dan 25 orang murid perempuan tahun 1 serta 10 guru pengiring itu disambut oleh YH Dato CEO MTNP bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) MTNP.
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran
29 Jun 2016, telah berlangsung Majlis Senandung Aidilfitri YAB Menteri Besar Pahang bersama 21 orang Qari dan Qariah Ulung Negeri Pahang
bertempat di Bilik Mesyuarat MTNP.
YAB MB telah mewakilkan Dato' CEO MTNP untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada beliau kepada para Qari Qariah yang pernah
mewakili Negeri Pahang ke peringkat Kebangsaan
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran https://www.facebook.com/tahfizpahang.edu.my/
Ibnul Mubarak berkata : "Sanad merupakan sebahagian dari agama, kalaulah bukan kerana sanad, maka pasti akan berkata siapa saja yang mahu dengan apa saja yang diinginkannya ( dengan akal pikirannya sendiri )." (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Muqaddimah kitab Soheh Muslim)
Menyedari betapa pentingnya sanad ini dalam dunia Al Quran, maka #MTNP telah mengambil inisiatif menjemput Syeikh Abd Rahman Syed Ali Abd Majid dari Mesir untuk mengijazahkan sanadnya kepada para pelajar #MTNP.
Program Talaqqi bersanad ini bermula pada tahun 2014 dengan bilangan peserta pada tahun 2014 seramai 45 orang, 2015 seramai 18 orang dan 2016 seramai 24 orang terdiri daripada pelajar tahfiz Profesional, Diploma Tahfiz serta sebahagian kecil guru-guru dan Imam Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Kuantan.
Selain penambahbaikan bacaan al Quran dari segi tajwid dan fasohah, peserta juga dapat menjadikan sanad ini sebagai nilai tambah kepada pengiktirafan mereka dalam bidang al Quran
Tahniah
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran
24 Jun 2016, Jumaat, telah berlangsung Majlis Makan Beradab & Berbuka Puasa sempena Perasmian Sistem Rumah Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2016
bertempat di Dewan Mahkota MTNP, Majlis telah di rasmikan oleh YH Dato' Hj. Mahmud B. Mohd Nawawi, Pengurus Besar Yayasan Pahang
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran
https://www.facebook.com/tahfizpahang.edu.my/
17 Ogos 2016, Rabu bertempat di dewan utama Yayasan Pahang telah diadakan pertandingan "Petrosains Science Show". Petandingan ini adalah anjuran Petrosains dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bank Islam. Bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang pertandingan ini mendapat penyertaan dari sekolah di Pahang yang terdiri daripada 10 pasukan yang mewakili lima buah sekolah. Pasukan-pasukan yang bertanding adalah seperti berikut :-
i. MRSM Muadzam Shah (5 pasukan)
ii. MRSM Kuantan (2 pasukan)
iii. MRSM Tun Abdul Razak, Pekan (1 pasukan)
iv. SMK Jengka18 (1 pasukan)
v. Maahad Tahfiz Negeri Pahang (1 pasukan)
Keputusan Pertandingan : Maahad Tahfiz Negeri Pahang menapat tempat ke-2
Pertandingan ini dianjurkan bagi memberikan peserta persekitaran yang seronok dan mengujakan untuk mempelajari sains. Peserta dikehendaki untuk menerangkan konsep-konsep sains melalui persembahan. Empat buah ekseperimen perlu dipersembahkan dengan cara yang lebih santai tetapi menarik dan mudah difahami. Melalui pendekatan yang menarik, pertandingan ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk menyampaikan ilmu sains dan menunjukkan bakat terpendam mereka, malah membantu mereka meningkatkan kefahaman mereka tentang sains di samping meningkatkan keyakinan diri.
Banner pertandingan memaparkan maklumat pertandingan
Memaparkan maklumat anjuran dari syarikat dan kementerian berkaitan
Hadiah tempat ke-2, Maahad Tahfiz Negeri Pahang